Khamis, April 28, 2011

Rezeki mesin basuh.

Kelaziman dan rutin.

Bila hendak menghisap rokok, kena ada mancis atau pemetik api. Itu rutin bagi seorang perokok. Lain pula untuk penggemar sireh. Ada ramuan dedaun, kena ada gambir.

Hari ini, aku hanya nak cerita pasal baju. Saban hari kita memakai baju. Setiap hari kita menukar baju. Sekejap merah, esok biru. Lusa mungkin hitam bakal berkenan di hati. Agak-agak nak bersukan, bertukar ke jersi. Seluar pula silih ganti bertukar jenama. Agak-agak dah bosan, beli baru kalau mampu.

Biila memiliki baju, jangan lupa kos selepas memakai baju - membasuh baju.

Tak tahu kekerapan berapa kali kalian membasuh baju, aku bila bakul penuh. Saiz bakul nak tahu, sila jenguk tong sampah masing-masing dan bandingkan saiznya. Adalah 2 kali ganda. (aku anggarkan saiz tong sampah rumah masing-masih muatan 3 kg).

Selepas beberapa tempoh memakai baju, otak aku akan suruh aku mencari abnormaliti pada pakaian aku pakai:

(01) Mempunyai comotan.
(02) Mempunyai kotoran.
(03) Bau sabun Daia sudah hilang.
(04) Bau masam disebabkan proses kelenjar peluh.
(05) dan lain-lain.

Biasanya aku menggunakan pancaindera yang asas - mata dan hidung. Bab hidung ni paling sensitif. Paling senang mengesan bau. Selepas berkira-kira suatu pakaian layak untuk masuk ke bakul dan dibasuh, akan diperiksa samada tidak mempunyai:

(01) Alatan elektronik.
(02) Beg dompet atau beg menyimpan kad bank.
(03) Kunci dan duit syiling.

Aku periksa hanya menekan-nekan dan meramas-ramas pakaian yang bakal masuk ke bakul untuk dibasuh.

OK. Sudah masuk mesin basuh.

Proses basuh mesti semua orang tahu. Kalau tak tahu, maknanya kau kaki cengkelat nak masuk pinggan selepas makan. Atau tak pernah mengikuti kenduri kahwin sebagai ahli bentara  mencuci pinggan di belakang rumah. Prosesnya hampir sama - rendam dalam air, letak sabun, basuh, bilas dan keringkan.

Berbalik pasal pakaian tadi, selepas dikeringkan baru kita pakai semula. Terpulang samada untuk digosok, dipakai begitu saja. Ada yang suka melipat, lipatlah dan susunlah dalam rak. Kalau tak, longgok ke mana-mana sudut rumah dimana sesuai untuk diselongkar bila hendak mencari. Ada yang memilih selektif menggunakan penyangkut baju yang banyak. Deretan pakaian bersangkut panjang dalam rumah. Terpulang.



















Masa aku nak beli gula-gula si kawan nelayan (Fisherman's Friend) perisa lemon yang telah menjadi gula-gula feveret aku, aku seluk poket belakang sebelah kiri. Terkeluar not RM 50 sebanyak 4 keping. Lipatan duit itu renyuk tapi masih berharga RM 200.

Rezeki mesin basuh. Hari ini mencatatkan rezeki mesin basuh paling banyak. Standard RM 1 ke RM 10 tu biasa, hari ini memang mabeles (marvelous).

Ternyata hari ini aku membuang masa bercerita pasal pakaian yang perlu dibasuh. Padahal bakul sudah penuh untuk dibasuh. Harap selepas basuh ini, ada lagi not-not ringgit Malaysia masuk ke dalam mana-mana lubang pakaian (poket).

Setiap kali pakai baju dan tudung, dapat RM 50 memang tak ada perempuan yang free-hair lah. Malangnya tudung tiada saku menyimpan duit, tak macam seluar.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Linlin berkata...

jumpa 4 ringgit pun dah gembira, jumpa 200 ratus, boleh terlebih suka.
haha..memang rezeki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...