Sabtu, Mac 19, 2011

Tulis nota ketika khutbah Jumaat.

Susah, bagi aku, nak tengok budak belasan tahun pegang buku nota; menulis isi-isi khutbah Jumaat. Semalam aku jumpa situasi itu.

Zaman aku sekolah dulu, senior tingkatan 5 banyak je nak point nak denda. Tidur dalam masjid nak didenda, bersandar kat dinding masa kuliah pun boleh kena denda. Tak solat sunat 2 rakaat sebelum dan selepas Maghrib pun, boleh jadikan alasan nak denda budak tingkatan 1. Kalau masbuk solat, apatah lagi - gigil lutut oi ketuk ketampi 500 kali.

Itu zaman aku, tahun 2000 dan sekarang tahun 2011. 10 tahun beza.

Salah satu nak mengelakkan tidur ketika khutbah (memang sedap tidur ketika khutbah Jumaat, apatah lagi kalau dah terpacak bawah kipas angin), senior aku dulu suruh tulis isi penting khutbah. Nanti bila lepas solat Maghrib kena soal siasat apa isi dan rumusannya.

Aku rasa, itu punca kenapa aku memang dah tak boleh tidur walaupun kadang-kadang isi khutbah tak menarik dan meleret-leret (bila tok imamnya sudah berumur). Lagi satu, aku perasan satu benda. Dahulunya Selangor bawah pemerintahan lain, sekarang pun lain. Macam ada satu kelainan kupasan isi khutbah. Lebih kepada isu semasa. Terbaru tsunami, maka ada kaitan dengan tsunami. Penyakit menular H1N1, kaitan pula dengan tanggungjawab masyarakat terhadap kesihatan.

Isu pun menarik, mendengar pun apatah lagi. Nak catat dalam nota, nak cerita kat orang lain pun rasa berguna.

Aku pernah rasa dem sikit, bila tajuknya terlalu lapuk - masalah penyalahgunaan dadah. Bagi aku tajuknya lapuk, balik-balik pusat serenti. Kadar orang Melayu masuk pusat serenti. Tak ada pun nak cerita individual tugas terhadap masyarakat. Olahannya macam karangan pelajar cemerlang PMR (aku labelkan skema).

Lagi satu pembaharuan aku nampak di Selangor (melalui sesi beberapa khutbah Jumaat di area Selangor je, OK), ada tazkirah pendek sebelum azan Zohor.

Berbalik budak yang tulis nota bila tok imam sedang baca khutbah.

Aku rasa ini method bagus untuk mengelakkan dari tidur sebelum solat Jumaat.

Memang rasa macam syet dulu, kena ketuk ketampi denda sebab tak tulis nota. Sekurang-kurangnya, selepas 10 tahun aku tahu kenapa senior aku berbuat begitu.









Aku eksited sikit bab masjid sekarang, sebab dah bertahun aku tak ke surau dan masjid secara rutin yang tetap dan dalam cycle yang sama. Al-maklumlah...duduk sana.

PS: Langit tak selalunya cerah.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Seri berkata...

terima kasih untuk poskad dari korea

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...