Sabtu, Mac 12, 2011

Jangan ditanya kenapa tak hapdet blog.

Kalau aku cerita kenapa aku tak kemaskini isi blog ini - aku boleh bagi seratus satu alasan. Tapi aku bagi salah satu alasan paling yang aku tak suka: Masa.

Banyak orang bersalaman dengan aku masa aku pulang menyarankan, janganlah lupa nak hapdet blog. Buat masa sekarang aku tak mood nak menulis sesuatu yang hoo, haa, hoo, haa. Kalau aku tulis nadanya macam malas dan penuh kemalasan. Dan, aku OK dengan blog tidak hapdet.

Seminggu.

Aku hanya seminggu je berehat di sini, lepas itu aku terus masuk alam pekerjaan - informaliti realiti kehidupan manusia hari ini. Kebanyakan bukan semua. Lahir, membesar, bersekolah, cuti, sekolah, masuk universiti dan bekerja. Pak cik aku tanya, "Seminggu cukup ke nak rehat-rehat? Kang menyesal."

Aku adalah dalam kebanyakan golongan kebanyakan tadi. Jadi, takkan aku nak mengikut mereka - berehat sebulan dua bulan lepas itu baru ke peringkat seterusnya. Kiranya ramai longgokan pada satu peringkat. Itu fikiran aku. Jadi, cepat atau lambat itu isunya.

Dalam seminggu itu, penuh ke-chaos-an.

Lagi chaos, kalau bos kau Hiragana dan kau Hangul.

PS: Berada dalam sistem penuh atur.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

NUR IZZATUL NADIAH berkata...

time kaseh untuk poskad dari korea tersebut !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...