Jumaat, Mac 04, 2011

Terkena Jangkitan Virus, ini bukan mainan.

Aku demam sejak main ski.

Demam aku on/off. Pagi baik, petang panas balik. Kurang rehat sudah pasti, sejak seminggu lalu. Masa aku naik flight - back for good - katakan, aku OK. Aku terlepas dari saringan haba kat airport. Siap buat tanda 'peace' lagi. Malam itu aku tidur di katil empuk, untuk sekian lamanya.

Sumpah selesa. Bangun tidur ada nasi lemak!

Bahagian tak best nya, bangun-bangun tekak rasa sakit, hidung penuh mukus dan panas-panas. Dah lah hari ini kena pergi Putrajaya jumpa pihak yang sponsor aku belajar. Lewatkan urusan itu, pergi klinik.

Masuk je bilik doktor...

"En. Mohd Adib, tengok situasi ini, macam terkena virus. Nanti saya bagi ubat macam biasa, tanpa antibiotik. Saya bagi MC 2 hari,"


Virus. Aku dah macam Didier Drogba.

Pasal surat MC tu, aku tak tahu nak buat apa - sebab aku penganggur yang terkena virus.

PS: I'm back!

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Nadia berkata...

hohohoh....welkam back to mesia..~!!(isk perosak bahasa ako nie hehehe)....n semoga copek sembuh..~!!.^^V..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...