Khamis, Mac 24, 2011

Satu petang di jalan raya, bukan eksiden melibatkan kematian.

Layan blues, sayup-sayup bunyi gerimis di luar kereta. Kalau hujan aku memang bawa macam siput. Duduk lane kiri je. Tak peduli orang belakang, melainkan ianya lebuhraya.

Hiburan aku kalau seorang diri dalam kereta adalah mendengar radio - kalau ada talk show baru kena, seorang diri senyum, dan gelak. Kalau aku letak kamera kecil, melihat perubahan muka dari masam ke ketawa, macam badut pun boleh.

[Fly.fm tak bayar pun blog ini, tapi aku suka mendengar Fly.fm]

Aku tak ikut dari awal, apa topik yang mereka sembangkan. Masuk je, dah mula sesi luahan perasaan seorang lelaki. Dia kata, dia kenal seorang perempuan - dia bermula sebagai seorang kawan. Macam biasa, dari kawan ke peringkat seterusnya. Bila je dia cakap isi hati dia, (ini dari kata-kata pihak lelaki) dia merasakan perempuan itu semakin menjauhi dia. Fokus dia dalam panggilan radio ini, dia mahu jawapan dari perempuan itu - kenapa perempuan itu menjauhi dia, atas sebab apa, kenapa, mengapa dan bla bla.

Ringkasnya, lelaki itu mahukan penjelasan.

Deejay itu pun cuba menghubungi perempuan yang dimaksudkan lelaki itu. Ketika ini lelaki itu masih ada dalam talian dan senyap mendengar radio.

Deejay itu pun mengutarakan soalan: Pernah tak ada lelaki cuba nak jadikan kamu GF, dan lepas itu kamu buat dan tak dan je dengan dia.

Perempuan itu senyap...dan dia kata ada.

Deejay itu sekali lagi tanya: Kamu tak suka dia ke apa?

Perempuan itu, "Ya," dia pula buka cerita yang dia bagi alasan "Saya cuma nak berkawan saja dengan dia, tak lebih dari itu,"

Deejay itu menyambungkan talian ke lelaki itu, berlakulah perbualan dua orang. Perempuan itu macam rasa bersalah dan lelaki itu ucapkan 'Thank you', sebab dah lama dia cari jawapannya kenapa.





Tipikal kisah begini. Selak saja novel cinta melambak-lambak atau majalah Remaja - slot masalah atau kaunseling ke apa. Aku rasa suara lelaki itu cool je cakap 'Thank you', tapi lepas letak talian aku anggap dia rasa macam nak hempas pinggan plastik ke dalam sinki rumah. Setiap orang ada reaksi berbeza.

Fikiran lelaki adalah lebih kepada logikal. Satu tambah satu adalah 2. Bukannya satu tambah satu boleh berubah berdasarkan faktor emosi - suka hati akulah satu tambah satu nak jadikannya lapan!

Begitu juga macam situasi diatas - dia harap macam satu tambah satu jadi dua. Tapi tak jadi. Sebab kenapa tak jadi, dia tak tahu. Dia perlu berada dalam satu cycle bertanya-tanya, kenapa dan mengapa.

Aku suka seloroh deejay akhir sekali.

" - I just want to be your friend- is lame excuse for girl using to say 'I don't like you',"


Aku gelak dengan deejay itu sekali. Tak ada lah gembira sangat sampai nak tekan hon. Aku masih memegang ayat aku: Let-It-Be.

PS: Aku rasa kurus itu tak menarik, setelah tengok The Machinist.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Linlin berkata...

hahaha.. perempuan biasa la, ayat jaga hati.
tp dlm kes ni, kalau x suka ckp awal2, jgn biar laki tu tertanya2.

. berkata...

iya mmg tipikal
huhu

P/s; org yg bg komen hmpir sma nama la! hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...