Isnin, Januari 24, 2011

[023] Memento: Tahun 2008. Disember.

Aku beli tiket balik Malaysia. Seorang dua tahu aku balik Malaysia, famili aku pun tak tahu. Aku rasa nak balik, aku balik. Dulu aku memang aku plan, sepanjang tempoh pengajian aku akan balik 2 kali aje. 2 kali. Tak nak lebih dari itu.

Aku tak tahu kenapa aku memilih 'dua'.

#. Disember.

Awalan Disember, dimulakan dengan interview kemasukan ke University of Ulsan.

20081201

Semuanya berjalan lancar ketika interview. Tak ada masalah langsung pun. Masalah muncul bila habisnya interview. Ini adalah antara BEM dan penaja aku sendiri. Dibenarkan atau tidak dibenarkan masuk, bukannya bergantung pada apa yang berlaku pada interview, tapi penaja aku sendiri.

Memang berdoa, tiada sebarang masalah berlaku. Akhirnya, dibenarkan. Masalah itu selesai sebelum aku pulang ke Malaysia untuk kali kedua. Pertama kali jua, mengambil penerbangan lompat-lompat. Kena jejak dulu di Hong Kong, baru ke destinasi aku tunggu: Malaysia.

20081218

Boleh menyemputkan diri kejar waktu penerbangan seterusnya. Memang terlalu besar ruang dalam lapangan terbang ini. Sistem imigresen ketika itu ketat, sebab wabak penyakit SARS masih lagi jadi igauan. Entah apa yang berlaku pada lens aku. Sirip aperture tak bergerak walaupun di pusing. Memang merisaukan aku.

20081218-02

Kejadian tak diingini berlaku ketika check-in flight. Beg aku overweight. Aku dah agak, sebab itu aku bawa beg di luar siap-siap. Masa aku balik ini, 50 peratus adalah barang kelengkapan diri. Selebihnya buku. Segala buku aku cuba bawa balik. Ini yang terjadi.

Aku memang sayangkan koleksi buku aku, itu lah harta yang terbaik aku ada.

20081227

Sebelum masuk tahun baru, classmate aku sepanjang semester - masuk menikah. Bagusnya, upacara menikah berlaku agak dekat dengan rumah. Ramai rakan-rakan datang berkunjung ke rumah. Naim paling lama dengan rekod 5 hari.

Dah macam adik aku dah. Pergi kedai sama-sama, pergi solat Jumaat sama-sama.

Bila lihat rakan sebaya dah masuk nikah, baru nak muhasabah diri apa diri yang masih kurang dan belum sesuai nak berumah tangga. Sedikit sebanyak, ada perasaan nak berubah demi kebaikan. Memang meremang bulu gak bila dengar ayat - "Aku terima nikahnya...". Aku pulak duduk belakang jurunikah, lagilah. Berpeluh.

Cuti panjang dari Krismas dan Tahun Baru, aku sempat jumpa kawan-kawan sekolah rendah. Memang banyak kali berada dalam suasana awkward. Mungkin sebab lama dah tak berbual, gaya berbual pun dah lain. Mengungkit cerita lama memang menarik.

Tutuplah tirai tahun 2008.

Tahun yang begitu produktif untuk. Berhenti merokok, mula bersenam, mula bina badan, belajar banyak benda pasal fotografi, membaca pelbagai genre buku dan kesedaran untuk berubah.

[bersambung]

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Linlin berkata...

y study kat malaysia pun ada yang nangis rindu nak balik rumah.

kau pulak tetapkan nk balik 2 kali je. x rindu kat rumah ke?

DandelinoiD berkata...

rindu tetap ada.

baru obersi. muwaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...