Ahad, Januari 23, 2011

[022] Memento: Tahun 2008. November.

Bulan ini, ada 3 event paling penting. Labu-Labi Year End Party, Anniversary 85 dan Pemuda Kuda Seoul.

#. November.

(1.) Anniversary 85.

Ilmu-ilmu strobist aku amalkan di sini. Tak mampu lagi nak memiliki speedlight, cuba gak dengan meminjam dari beberapa orang yang aku kenal. Banyak homework aku buat mengenai event photos.

20081113-01

20081113-02

'Have u seen my 84 friends?' - tema baju. Aku terima banyak ucapan, "Good luck!" dan ucapan minta halal makan dan minum. Bila lagi ada masa kumpul ramai-ramai, main rebut kerusi?

20081113-03

Mini-photo booth. Aku ajak Sood, sebab dia pun baru angkat DLSR sendiri. Cubaan hendak bermain dengan strobist. Aku puas hati dengan hasil yang terhasil. Ada sesetengahnya perlu di touch-up - garisan kertas muncul di gambar. Newbie.

(2.) Polaroid with Labu-labians.

Keluar hangout bersama ahli Labu-Labi di Yoeido. Rasanya di Coffee Beans, kalau tak silap.


20081110

Aku masih simpan lagi gambar polaroid diri sendiri. Gambar ketiga polaroid ditangkap sepanjang hidup (tak pasti kalau pernah ada orang curi-curi ambil). Malam itu mereka menyambut besday aku dan Abang, dengan cheese cake.

Favourite quote untuk gambar ini: Senget adalah art.

(3.) Labu-Labi Year End Party.

Ini paling kemuncak bulan November. Memang tahap penat tak hengat. Gambar-gambar aku tangkap bermula dari persiapan, pra penyusunan, tengah dan post-party.

20081121-P1

Malam itu, aku mula fahami sikit Lomography - kamera yang aku anggap mainan untuk budak kecil tapi boleh menghasilkan gambar yang awesome. Aku memang suka kaler Lomo, tapi aku menolak untuk menggunakan Lomo atas sebab kena pergi ke kedai gambar. Mencuci photo dan bayangkan hasilnya adalah benda yang aku sukar hendak terima lagi, untuk masa ini.

20081121-P2

Ini cubaan pertama bermain dengan party photos. Aku ambil inspirasi dan banyak melakukan homework berdasarkan Cobrasnake.com (sila tengok, untuk siapa yang hendak belajar). Ada kamera saja tidak cukup, kena ada perasaan alert setiap masa melihat kelakuan manusia - moment kelakuan manusia.

20081122-P3

20081122-P4

Banyak hasil gagal, kalau dilihat semula ratusan gambar yang diambil. Kesilapan utama aku tak perasan, adalah kebanyakan gambar tidak wide. Mungkin terlalu biasa dengan rutin potrait, masih terbawa-bawa sehingga waktu ini.

Perasaan kecewa memang ada. Sudah tentu, belajar dari kesilapan.

(4.) Model.

Gambar-gambar di backstage juga memainkan peranan penting. Salah satu event dalam party ini adalah catwalk. Aku tak tahu macam mana posisi betul, sudut yang betul untuk gambar-gambar sebegini.

20081122-01

20081122-02

Ok ker?

Antara perkara yang perlu jaga ketika mengambil party photos adalah menjaga kadar cahaya speedlight dan jangan terlalu kuat, sehingga ada orang cakap boleh butakan mata. Seterusnya, buang perasaan malu ambil gambar secara rawak.

Aku stranger, dia stranger. Malam itu, walaupun semuanya aku kenal masih ada keseganan nak menembak.

(5.) Pemuda Kuda Seoul - morning person club.

Himpunan manusia yang bangun awal pagi. Sarapan, dan berjalan-jalan.

20081108-01

20081108-02

Antara banyak-banyak musim luruh, mana satu aku suka, aku akan cakap, "Yang ini!".

Banyak manusia yang ada disekeliling aku masa ini. Memang sangat terima kasih, sehingga sekarang aku dah  tak pernah keluar waktu pagi seperti waktu ini.

4 musim: Spring, Summer, Autumn, Winter.

Ini musim paling aku suka - penuh dengan khayalan dan idea.

[bersambung]

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...