Sabtu, Januari 22, 2011

[021] Memento: Tahun 2008. Oktober.

Berjumpa lagi raya. Tahun ini aku ada baju raya, dipos dari Malaysia.

#.Oktober.

Pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh si pemegang kamera adalah satu benda: gambar diri sendiri akan berkurang secara tak sengaja. Kalau ada pun memang akan jadi simpanan.

20081004

Raya ini, seperti aku kata: kurang gambar. Bila pegang je kamera, "Meh amik gambar aku.". Perkara selanjutnya adalah disuruh menghantar gambar. Raya ini, dimanfaatkan sebaik mungkin - sebab ura-ura aku pergi Ulsan dah diketahui umum, padahal surat penerimaan pun belum dapat lagi. Belum.

Raya kali ini juga memang menyedihkan.

Bukan sebab ianya jatuh pada minggu peperiksaan.

Aku raya di padang bola. Bukan di masjid, di rumah atau di mana-mana. Di saat kawan-kawan aku pergi pakai baju Melayu nak menunaikan solat sunat, aku pakai T-shirt ke padang: Kelas Bola Sepak. Nasib baik, kedutaan Malaysia tangguhkan majlis makan raya.

Masa menyepak bola pagi raya, aku memang sukar nak lupa. Ianya terlalu tragis dan menjerat jiwa.

20081003

Inilah padang latihan aku, tempat aku beraya tahun ini.

Sukan...aku pun bosan nak cerita pasal sukan. Bila sebut je sukan, mesti akan cakap pasal bola sepak. Itu je sukan yang aku obses. Rugby seterusnya.

Semangat sukan ini masih bara-bara api dengan semangat raya.

20081002

Ada ye raya, ada ya rumah terbuka. Rumah terbuka oleh pegawai-pegawai kedutaan Malaysia. Hari ini semuanya tentang makan dan makan. Memang rosak diet aku bulan Julai hari itu. Ini gambar open house di waktu tengahari.

20081003 - 02

Ini pula waktu malam. Bagusnya open house di waktu malam adalah adanya satay, dan dijemput dari pintu ke pintu. Memang sayang habis, budak 83.

20081009

20081009-2

Aku tak ingat apa pasal memori gambar ini. Aku andaikan ianya berkaitan dengan sukan antara department, kot. Menariknya, bila lihat folder gambar ini - banyak gambar perempuan Korea tersenyum memandang kamera. Beberapa je gambar lelaki - Tayam yang sedang main basketball, Kong dan Raher.

Apa aku buat disini?

20081026

Selain fungsi kamera untuk menangkap gambar, ada fungsi lain: stop-motion video. Sila gunakan Youtube untuk mengetahui apa itu stop-motion. Idea ini dikepalai oleh Paije @ Faiz Hashim, Dek-E @ Abang untuk prop kreatif dan Anas sebagai pelakon.

Baru aku tahu betapa susahnya nak buat stop-motion ni.

Kegigihan memang perlu. Aku ada satu video, menggunakan robot bumble-bee bertukar dari kereta Chevrolet Camaro ke robot. Nak bagi smooth ye pasal, ada gak dalam 2000 gambar ditangkap.

Aku give-up habis dengan idea stop-motion ni.

[bersambung]

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...