Jumaat, Januari 21, 2011

[020] Memento: Tahun 2008. September.

Eksperimen masih diteruskan. Aku percaya, sebulan pegang DSLR belum cukup memahirkan. Belum. Belajar dan terus belajar.

#. September.

Persiapan sukan PPMK. Lokasi di bawah jambatan, Annyangcheon. Berhampiran Lotte Mart terbesar yang ada Toy'R'us.

20080920

Hari penuh kesenian. Agak kekok dah lama tak memegang berus lukisan dan bermain dengan tona warna mural. Memang tak rugi aku datang menjenguk budak-budak ini buat kerja.

20080915-01

Bulan Ramadhan datang lagi. Banyak kali aku ulang alik Itaewon, sebab seronok sikit berbuka puasa di sana. Lagi-lagi stok rempah jenama Faiza aku dah habis (rempah jenama Faiza memang kaw dari Babas), memang malas nak masak sedap-sedap.

20080915-02

Selepas terawih di masjid (aku tak bawa kamera pun), aku dipelawa oleh senior aku photo-outing di area Chongyecheon. Cuba amati gambar ini, tahun 2008 dan tahun 2006. Kawasan ini mengalami perubahan yang memang ketara habis.

Memang dah lama tak lepak di mapley, kebetulan ada Singapura coffee house, Kopitiam baru dibuka. Menawarkan roti bakar disapu kaya dan teh semacam di tarik (ala-ala teh tarik). Ketika ini, berkongsi pendapat tentang pengalaman fotografi masing-masing: positif untuk aku.

Ketika ini juga, idea shooting untuk majalah muncul dalam benak fikiran aku. Gambar dalam studio, setelah membaca deretan majalah-majalah fashion di situ.

20080919-01

Matematiknya, aku dah boleh bergraduasi dari DYTC. Zaman blog ketika ini, aku paling suka dan rindu. Membaca blog-blog yang ditulis oleh penulis yang kebanyakan observer yang unik. Sejak dari ini juga, setiap kali aku keluar nak bawa kamera, akan membuat banyak homework.

Gambar-gambar ketika graduasi ini, banyak aku dapat ilham dari fotografer terkenal - Saiful Nang. Ini proses aku mencari identiti gambar yang ditangkap. Adakah aku minat potrait, street photography atau secara rawak?

Guru tunjuk ajar aku memang banyak.

20080919-02

Apa yang kita imiginasikan dalam kepala, gambar yang muncul tak semestinya boleh dapat dengan sekali petikan shutter. Ianya kadangkala beratus-ratus gambar, ada 2 atau 3 yang boleh diterima.

Tempoh belajar itu lebih baik, kalau ada si photogenic.

Photogenic adalah sumber inspirasi, seperti Mang @ Rahman katakan.

[bersambung]

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...