Khamis, Januari 20, 2011

[019] Memento: Tahun 2008. Ogos.

Sebelumnya bermula puasa Ramadhan, aku list-kan nama aku ikut trip berjalan-jalan di Korea.

#. Ogos.

Trip PPMK.

20080807

Mula-mula pergi Taegu. Dengar ceramah pasal universiti di Taegu. Masa ini, aku masih tak tetapkan pilihan universiti mana patut aku transfer tahun depan.

20080808

Trip ini lebih kepada ke arah pendidikan. Melawat universiti yang ada potensi di buka oleh JPA, tak mahu pelajar Malaysia berpusat pada satu tempat: Seoul aje. Semua universiti terbaik semuanya ada di Seoul. Nak buat macam mana.

DSLR aku bergerak jauh. Memang peluang ikut trip ini dapat menambahkan lagi pengalaman bermain dengan cahaya. Cuaca sentiasa berubah-rubah, petanda hendak masuk musim baru.

20080807-02

Ini kali pertama aku melawat Ulsan: kawasan aku bertendang dengan belajar pada tahun 2009 dan 2010. Kawasan yang aku lebih akrab dari Seoul, lebih sayang dari Seoul. Aku dapatkan input sebanyak mungkin pasal universiti ini.

20080808-02

Singgah pula ke Kyeongju, untuk kali kedua. Waktu ini, ditaja pula penginapan sebab itu lawa je tempat kitorang menginap. Sewaktu ini, berlangsungnya sukan Olimpik Beijing. Menonton beramai-ramai, makan keropok ramai-ramai dalam satu bilik.

20080808-03

Aku lupa apa nama pantai ini, lebih baik dari Haeundae - kurang bikini. Pantai pun bersih. Trip ini diikuti junior-junior baru. Mereka terkejut masa masuk bilik air, semua mandi bogel tanpa tirai. Aku dah alami benda itu 4 bulan pertama di sini. Perasaan tengok lelaki lain bogel.

20080808-04

Cuaca hari itu memang terlalu cerah. Awan pula banyak. Kombinasi baik untuk trip cuti musim panas.

20080808-05

Aku memang tak suka mandi air laut. Pertama sebab ianya masin. Kedua sebab ianya melekitkan badan. Ketiga sebab boleh jadi hitam. Aku tahu hitam itu bagus, tapi aku tak mahu hitam disebabkan sinar UV.

20080810

Seterusnya, pergi mandi sungai. Setakat ini, aku rasa sungai ini paling aku suka sejak aku sampai sini. Memang jernih. Sejuk walaupun ketika itu bandar metropolitan mencecah 38 darjah Celsius. Hidup macam dinosour, datang mandi, tidur. Bangun, mandi, bakar kambing, tidur. Bangun, main poker, makan kambing, melepak. Makan kambing lagi, tidur.

Esoknya ribut, tak boleh mandi, makan kambing lagi. Masa ini baru kenal ada seorang itu tak boleh makan daging, tak boleh minum susu, tak makan pisang.

Disini, aku banyak mendalami pasal shutter speed dan kepentingan aperture tinggi.

20080802

Sekali lagi pergi ke Idae, tolong tunjukkan barbershop itu kat Anas dan jalan-jalan cari makan dengan Jihad Jamarei. Kedua-dua orang ini menjadi orang penting setiap kali aku naik Seoul. Manusia yang ready setiap masa bila diajak keluar.

(Jihad Jamarei, rujuk gambar-gambar ada banyak melakukan aksi 'f##k' dan aksi berak)

Ada satu trip, ke Haeundae. Trip budak-budak kita, trip tanpa merancang.

Datang KTX, beli tiket, balik packing barang. Naik KTX 3 jam, sampai Haeundae 2 pagi. Itulah pengalaman tidur tepi pantai sepanjang malam. Menggigil. Selimut paling tebal adalah beg dan kain pelikat.

Haeundae memang hot-spot di kala musim panas di Korea. Faham-fahamkan apa maksudnya. Setakat ada perempuan jalan, bra tertanggal benda biasa. Pantai ini banyak kali aku lawat pada 2010 - World Cup dan melawat apartment hyeongnim aku berhampiran Haeundae. Ini pantai pertama aku praktis belajar berenang!

Di sini memang yang datang tak ada yang mandi sangat pun, setakat tunjuk badan berotot dan buah dada saiz C cup. Memang tak sesuai untuk bawa keluarga ke sini.

[bersambung]

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...