Rabu, Januari 19, 2011

[018] Memento: Tahun 2008. Jun - Julai.

Jumpa sekali lagi cuti musim panas - bukan di negara lain, tapi disini.

Aku memang tak nak bazirkan cuti musim panas. Cuti yang panjang dan 'panas'. Memang sedap nak keluar dan cuba benda baru. Dah tak fikir sangat pasal pembelajaran, dah tahu apa trik untuk kekalkan prestasi. Sebab itu, 2 tahun ini, 2007 dan 2008 banyak episod main-main.

#. Jun.

Hasil duit aku kerja musim sejuk hari itu, aku laburkan ke hobi baru. Habis je minggu peperiksaan, bertemankan dengan Ikhwan @ Emberg, pergi ke Namdaemun. Balik je, aku tak bazirkan masa. Semua benda aku tangkap.

(1.) Permulaan DSLR.

Memegang kamera orang dan memiliki kamera sendiri adalah 2 benda yang berbeza. Mungkin sebab kamera orang lain dah ada setting-nya sendiri mengikut minat masing-masing. Awal-awal, ini persekitaran rumah aku jadikan tempat berlatih. Inilah hasilnya.

20080628-LOL

Gambar ini diambil pada hari yang paling banyak aku berjalan. Gambar ini mengundang kritik yang baik di FlickR (dulu rajin giler buat homework dalam FlickR). Sesekali menyentuh photoshop dan memahami selok-belok fotografi dan vocab pelik: Aperture, Bokeh, ISO, Strobist, dan lain-lain.

(2.) Sarapan di Myeong Dong.

Hari yang super-exhausted. Undangan untuk kemana-mana paling penuh dalam satu hari. Aku ikutkan je, sebab niat nak memahami konsep mengambil gambar.

20080628-01

Impian Prebet. Ketika ini, kalau masuk Myeong-dong melalui Migliore akan dapat lihat satu coffee house yang begitu ramai orang dan mempunyai 3 tingkat. Tempatnya pula strategik, di simpang 4 laluan sibuk (jalan ke lorong Giordano, Uniqlo dan SPAO disebelah kiri dan NIKE, Adidas, FILA di depannya, ke kiri pula boleh ke Apple Retail Store).

Bila waktu pagi, dapat port menarik, apatah lagi musim panas: semuanya serba singkat dan terdedah adalah port unik. Susah nak dapat port ini, kalau datang di kala tengahari, petang dan malam. Pagi, ada kemungkinan besar - boleh.

Coffee house ini memang tak sedap langsung, tapi pelik ramai orang. Sudah tiada (ketika aku merayap ke sini tahun ini, 2010) dan sudah digantikan dengan pusat kosmetik Natural Beauty, kot - ada poster artis Rain mendedahkan ototnya.

(3.) Coffee Prince di Hongdae.

Dikala pulang dari coffee house, dapat panggilan pelawaan ke coffee house lain: Coffee Prince. Pengaruh drama. Coffee house ini popular tahun 2007, drama terbaik pada tahun itu.

20080628

Dalam sehari, aku mengalami gejala minum kopi tak sedap. Aku siap buat entri khas mengutuk betapa tak sedapnya kopi disini ditambah layanan tak bagus. Memang berduyun orang masuk, sebab popular. Yang datang sini, memang ramai perempuan dan memang bagus untuk peminat drama ini.

(4.) Gunting rambut di Idae.

Dari Coffee Prince ke Idae - berjalan kaki. Sama dengan menaiki subway, 2 station.

Idae adalah universiti untuk perempuan je. Pertama kali aku pergi adalah pada tahun 2006, makan dengan son-seng-nim. Sebabkan aku tak balik cuti 3 minggu, aku dibelanja makan. Masa itu aku fikir, kalau jalan dengan lelaki, agak macam loser - sebab situ memang ramai perempuan dan heaven untuk perempuan. Pizza, manicure, fashion, shoes, hair shop, dan apa yang perempuan perlukan.

20080628-03

20080628-02

5 orang lelaki menyusur laluan disini. Hurm.
Azri Idzuandi, Dwen Rejab, Elhafy dan Sood.

Ini semua semata-mata nak test barbershop disitu. Aku akui, Korean hairstyle memang aku tak suka sangat. Main sesedap je potong, lepas itu nak jaga hati buat ayat-ayat manis. Rambut yang dah dipotong mana boleh panjang balik.

Tapi...ini memang terbaik.

Kalau aku jumpa satu kedai gunting rambut yang best, memang aku tak akan kemana-mana. Di Oryu ada satu, di Gocheok ada satu, di Idae ada satu, di Ulsan ada dua. Mungkin aku dah mula nak masuk frasa mencari identiti? Mungkin-kot.

#. Julai

Sejak habisnya season MSFC, aku terapkan azam nak diet secara betul. Bukannya tak makan seharian. Memang betul, selepas berhenti merokok badan akan naik secara mendadak. Nafsu makan menjadi-jadi. Dulu, kalau aku lapar - aku boleh cari rokok dulu. Sekarang tak.

Aku mengambil untuk melakukan latihan ekstrim. Masa ini peneman aku setiap hari adalah Abang Pijun. Kali pertama aku tolak nasi dan gantikan dengan roti bijiran takpun oat. Antara selang waktu makan tenghari, malam dan pagi, pisang dan susu jadi santapan. Pernah juga, aku makan carrot begitu je - memang arnab habis.

Setiap hari, sekurang-kurangnya 5 KM larian atas treadmill di waktu pagi atau tengahari. Diselangi dengan 100 sit-up, ke 200. Weight training pun aku buat, hampir setiap petang.

Orang kata diet kurang makan, tapi aku banyak makan - makanan tanpa minyak dan kurang karbohidrat. Banyak protein. Untuk tenaga, aku mula minum susu protein.

Hasilnya, aku nampak masa main bola. Boleh bermain 90 minit tanpa masalah. Terasa kagum sekejap dengan kemampuan diri masa itu. Senyum seorang diri, tengok cermin badan berotot.

[bersambung]

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...