Selasa, Januari 25, 2011

[024] Memento: Tahun 2009. Januari (Bhgn. 01)

Bulan Januari aku bahagikan kepada 2 bahagian.

Ini kali kedua aku ikut program Ramah Mesra. Aku bukannya jenis jinak gagak habis, jumpa stranger dah boleh jadi macam kawan lama. Sedikit sebanyak boleh tingkatkan skil sosial, ruang yang aku agak sempit untuk ber-evolusi.

20090107-01

Mereka inilah junior yang aku jarang jumpa tapi bila jumpa, boleh layan satu kepala. Ada juga, main tegur selamba katak je di YM. Macam dah kenal lama. Aku layan aje.

20090107-02

Tiada apa yang istimewa pada hari ini. Rasa seronok, makan makanan Malaysia dan bersembang. Ditambah ianya berlaku di INTEC, sejarah-sejarah lama terungkit sikit demi sikit. Kedai makan 'dik makan dik', restauran kat bangunan AUSMET dan kelas aku yang lama: masa belajar bahasa.

Memang ada rasa unsur ke-epik-an.

20090126

Balik Malaysia, aku kena balik sini. Memang tak boleh kalau tak balik. Aku melawat moyang aku, dah lupa-lupa nama aku siapa. Umur pun dah lanjut, dapat cam muka aku ini cicit dia dah rasa beruntung. Masa aku melawat, moyang aku ternampak aku bawa kamera. Dia tanya, "Itu kamera ke?". Aku jawab ya.

Dia minta satu request. Gambar di hadapan rumah, rumah dia membesarkan anak-anak dia (barisan nenek dan atuk), rumah yang akan penuh di pagi raya dilawati cucu dan cicit. Bila aku tengok balik gambar ini, memang nostalgia itu ada. Sebab dia bersungguh meminta: satu gambar bersama rumah. Rumah yang ada satu penghuni je. Moyang lelaki aku dah meninggal dunia masa aku menengah rendah.

Moyang aku bagi satu pemberian yang aku simpan sampai sekarang. Aku rahsiakan.

20090126-01

Ini adalah kawasan di Sabak Bernam. Halaman bapak aku membesar. Ruang padi menghijau, banyak lagi kawasan hutan. Kemajuan pun tak seberapa lagi. Lampu jalan pun hanya ada di beberapa kawasan sahaja. Makan tengahari lauk ikan keli, satu kemestian.

Aku pernah tulis satu peristiwa mengenai keadaan rumah kampung ini bila hujan turun. Kes makan ikan goreng dan bunyi atap zink yang berbunyi.

[bersambung]

Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

Nadia berkata...

chantek nyer kawasan sawah bendang n kg ko..~!!!..jeles...jeles

lost berkata...

benda yg dirahsiakan pemberiannya...sah²la bukan susuk kan? klu dpt 2 jarum je, sure² ko dh x tulis blog ni sbb dh jadi model! puhahaha..!

moyang aku pernah letak atas tapak tangan aku 1/4 kelopak bunga warna kuning. bunga apa aku x ingat. aku tak bertukar hensem pon selepas itu.

NHAF berkata...

i've missed the fact that you're one of intec student :|

btw, i adore your photography skill. cantik!

keep it up! and all the best hidup di negara orang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...