Rabu, Januari 26, 2011

[025] Memento: Tahun 2009. Januari (Bhgn. 02)

Bahagian kedua bulan Januari, kebanyakannya berlaku dengan budak-budak.

Aku dengan budak kecil, diandaikan oleh makcik aku sendiri memang tak ngam. Mungkin sebab ada unsur kebengisan pada muka aku. Pernah ada budak kecil tengok aku, dah boleh menangis.

20090125

Adik aku, antara budak kecil yang aku dapat lihat dia membesar, dari tak reti berjalan sampai reti. Membisu cakap pelat sehingga banyak cakap. Aku banyak habiskan masa di rumah, memasak. Bukannya praktis masak makanan Malaysia tapi praktis masakan Italy, spaghetti dan pancake. Kisah aku masak pancake sampai ke rumah jiran sebelah.

Masa kecil aku tak kisah pun apa yang berlaku dalam komuniti, sekarang aku ada minat sedikit. Selalu aku lihat adalah gossip di antara ibu-ibu. Pernah aku joging satu pagi, sebab nak maintain kan BMI aku, jadi kecoh. Aku ke kedai beli surat khabar pun, ditegur "Rajin bersenam."

Waktu aku balik Malaysia kali ini, banyak benda aku buat pelik-pelik. Sebab itu banyak mulut. Aku andaikan mereka ini hidup dengan kebosanan, lepas itu suka jaja cerita orang lain.

Disini wujudnya idea menulis blog sebab bosan, - Kebosanan Mencipta Kelainan- . Salah satu sumber tercipta setelah melihat masyarakat di sekeliling.

20090130-01

Kem Motivasi untuk pelajar UPSR. Aku banyak kali menyebut, aku tak suka sangat kem motivasi. Bagi aku motivasi itu datang bila diri sendiri nak diubah, bukannya mencari orang. Itu pendapat aku, boleh 
'boooo'.

Tapi...aku termasuk jadi fasilitator untuk kem ini. Hurm.

20090130-02

Wajah-wajah riang budak kecil. Zaman kecil aku tiada teknologi kamera yang mudah, seperti telefon berkamera untuk merakam saat-saat begini. Ramai di antara mereka memiliki telefon bimbit sendiri. Siap nak tukar nombor telefon dengan aku.

Wajah-wajah suci, belum mengetahui apa yang bakal berlaku 10 tahun akan datang.

20090130-03

Aku simpulkan ini adalah pengalaman berharga. Rupanya, aku ada kebolehan sedikit bertoleransi dengan budak-budak. Walaupun agak kekok, sebab perbezaan umur yang jauh membolehkan jurang pemikiran yang berbeza - banyak kejadian lost in translation.

Kalau ada program begini, memang aku akan ikut.

Pesanan aku, jangan bagi nombor telefon kat budak-budak ini. Tak tahu lah mereka ini jenis dapat kredit free dari ibu bapa mereka ke tak. Ada je SMS dari budak-budak ini, suruh belanja makan. Hebat.

[bersambung]

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...