Khamis, Januari 27, 2011

[026] Memento: Tahun 2009. Februari.

Aku ada di Malaysia sehingga 15 haribulan saja. Lepas tarikh itu, aku tak balik Malaysia langsung. Kali ini aku balik, tak kejar pasal makanan pun - lebih kepada mencari kawan lama atau sesiapa yang ajak keluar.

#. Februari.

Aku jarang keluar dengan mana-mana perempuan. Salah satu sebab aku suka buat benda sesama lelaki, yang aku suka: main pool dan tengok EPL. Kalau ada perempuan, sure mesti kureng sikit mood.

Ini bulan dimana aku keluar dengan sesiapa yang aku ajak keluar. Ini kali pertama aku keluar dengan pembaca blog aku. Memang risiko keluar membuta macam ni je. Boleh jadi sebab aku jadi punca keretakan orang ketiga.

20090211


Selepas itu, aku cuba berjanji pada diri sendiri - Jangan keluar dengan pembaca blog diri sendiri, kalau boleh. Walaupun aku bukan seorang blogger yang anonymous, dan muka aku sudah di cam bagaimana rupanya, aku lebih selesa kalau kau baca blog aku dan tidak menyebut apa cerita melalui blog aku. Kalau boleh.

Gambar diatas, tiada kaitan samada dia awek/isteri aku.

20090212-01


Sekali lagi, aku balik kampung untuk tempoh lama sikit. Dah ke berapa aku cerita pasal kampung ini. Memang aku jatuh cinta dengan suasana di sini.

20090212-02

Budak ini, mula-mula datang memang aku tak kenal siapa. Dia datang rumah nenek aku, pergi dapur makan kerepek pisang. Aku anggap dia selalu melawat nenek aku. Masa aku start motor nak merayau kampung, aku bawak je budak ini masuk dalam raga depan motor. Pusing-pusing.

Rupa-rupanya, dia adik saudara aku! Dem.

20090215

24 jam sebelum flight. Satu je manusia yang aku ingin jumpa sebelum pulang. Memang curiosity terlalu tinggi. Dia adalah manusia yang aku jumpa 2004, tanpa sebarang kata. Jumpa semula di Friendster. Ketika Tahun Baru Cina, aku gamble je telefon dia.

Rupanya dia memang satu yang real. Cerita aku mencari tempat dia berada adalah satu cerita paling istimewa sekali. Dalam dunia ini, ada 2 orang tahu apa yang berlaku ketika perjalanan aku nak pergi jumpa dia.

Selepas jumpa dia, aku dapat simptom yang dah lama aku tak rasa, mungkin ianya simptom 'makan tak kenyang'. Aku gelarkan dia dengan nama 'masa depan'. Aku dapat jumpa dia pada hari itu selepas 4 tahun lebih. Dengan penuh keyakinan, aku akan jumpa dia pada masa hadapan - 3, 4, 5, 10 atau 15 tahun. Atau tak jumpa langsung.

Si masa depan.

Hidup diteruskan seperti biasa setelah pulang ke Korea, berpindah ke Ulsan.

[bersambung]

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Nadia berkata...

kehkehkeh...baru nak ajak ko g date bile ko blk mesia..-_-..

tp cite yg bawah tu lagi menarik....jeng..jeng..~!!^^V...

. berkata...

Rupa-rupanya, dia adik saudara aku!


hahaha how come x kenal adik saudara sendiri?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...