Jumaat, Januari 28, 2011

[027] Memento: Tahun 2009. Mac - Mei.

My great year as hardworking student.

Itu aku simpulkan. Banyak berlaku kejutan budaya, terutama dari segi penggunaan bahasa - penuh dialek yang sukar difahami. Lagi menyukarkan hendak belajar.

#. Mac.

Setiap hari, bertambah seorang kawan. Memang menarik di sini. Segalanya menarik. Segalanya baru.

#. April.

Kali pertama jawab kertas peperiksaan dengan banyak ruang kosong. Mengundang rasa tidak sedap hati.  Merasakan usaha selama ini belum cukup lagi.

Satu lagi, kena buat presentation pasal Malaysia. Disebabkan presentation aku berucap dalam Korea, kawan aku bertambah. Jalan kemana-mana ada je orang 'hi'.

#. Mei.

Hari kanak-kanak. Setelah beberapa lama aku tak memegang kamera, kali ini aku dah kehilangan idea. Memang tak ada semangat langsung nak snap gambar.

20090505-01

Aku jalan-jalan, lepas itu aku nampak kawanan perempuan. Dengan selamba aku tawar, aku nak ambil gambar mereka beramai-ramai. Aku dah semakin gaban main ajak orang begitu je. Aku rasa dah selesa dengan bahasa Korea, sebab itu aku boleh approach orang lain dengan selamba.

20090505-02

Memang tak ada mood nak mengambil gambar. Memang langsung tiada mood. Setiap kali aku nak keluar kemana-mana, mesti aku jadikan homework dan report jadi priority utama. Aku adalah pelajar Malaysia pertama di Mechanical & Automotive Department. Tiada tunjuk ajar dari senior, mana lecturer yang bagus mengajar - langsung tak tahu.

20090522

Disini juga bermula kehidupan aku bukannya hanya sekitar orang Korea dan Malaysia, malah skop dah menjadi lebih luas.

Tiada yang menarik untuk dikongsi.

Di kala ini penulisan blog dilabelkan sudah pervert. Banyak lebih kepada individu.

[bersambung]

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...