Sabtu, Januari 29, 2011

[028] Memento: Tahun 2009. Jun - Ogos.

Berjaya menghabiskan semester pertama di UoU. Nak kata cemerlang tak ada, tapi berbaloi dengan usaha yang tak ingat dunia. Siap aku rasa, kalau aku belajar di Malaysia boleh dapat anugerah Dekan. Kalau...

#. Jun.

Beberapa hari sebelum minggu peperiksaan, kami beberapa pelajar Malaysia di pelawa ke rumah salah seorang keluarga Malaysia.

20090605

Memang terhibur dengan kelibat dua orang budak kembar ini.

#. Julai.

Memang jarang menonton movie, ini waktu menebus kembali dengan men-download berpuluh-puluh pelbagai filem. Kembali semula menonton Weeds. Kali ini siap pengaruh orang suruh tengok Weeds sama-sama. Cuti ini aku mula menonton Desperate Housewives, dari musim pertama. Juga mula mengumpul gambar-gambar lama dari pelbagai folder yang bersepah. Layan Top Gear dari musim pertama sampai ke 13.

20100706-01

Masa ini, kenderaan rasmi aku adalah motor. Lesen aku dah mati, layan aja jalan sana ke sini. Banyak kali ditahan polis cuma tak pernah kantoi. Setiap kali berhenti je, periksa nafas. Sebab itu aku lepas. Lagi satu, aku memang jaga keselamatan naik motor ni.  Glove dan helmet memang paling penting, walaupun hanya ke seberang jalan.

20100706-02

PC aku rosak. Aku bercadang terus tak nak pakai desktop langsung. Lagipun aku dah jarang duduk bilik, ditambah lagi asyik menghabiskan masa diatas jalan - lappy paling penting. Komputer riba pertama milik aku - Macbook Pro.

Memang awal-awal pakai Macbook ini, benda yang melecehkan.

#. Ogos.

Sekali lagi ke Myeong Ji-san, bertapa di rumah Anas dan kembali semula ke Ulsan.

Waktu ini berlakunya kejadian teruk, berkaitan jalan raya. Perlu dirahsiakan untuk tidak mengundang kebimbangan.

Bulan Ramadhan muncul sekali lagi, memang menginsafkan bila tragedi itu berlaku. Selalu ulang alik Busan-Ulsan. Sesekali F @ Faisal datang jadi imam di sini. Suasana puasa kali pertama, tak ramai orang Malaysia.

[bersambung]

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...