Selasa, Januari 18, 2011

[017] Memento: Tahun 2008. Januari - Mei.

Rumusannya, tahun ini adalah tahun penuh revolusi. Banyak perkara aku lakukan: terutama tabiat buruk aku cuba diperbaiki. Tahun ini juga, banyak buku aku baca dari biasa - bukan buku sekolah. 2008, menyaksikan aku mula memiliki DSLR.

#. Januari.

Aku dalam tempoh bekerja - mencari duit tambahan. Memang menyeksa mental, bangun seawal 5:30 pagi ketika rakan-rakan lain cuti musim sejuk. Meredah suhu negatif, ditambah angin menderu menggila menunggu bas. Sepanjang bulan Januari ini, secara purata aku menghadap matahari adalah sedikit!

Masuk kerja pukul 8 - masih gelap. Keluar kerja pukul 6 atau 5 - sudah gelap. Memang ketika ini rindu tahap gaban terhadap matahari. Penulisan blog aku ketika ini banyak berkisarkan salji. Penemuan pertama, setelah 2 episod kehidupan main salji, baru je perasan salji itu memang mempunyai 6 bucu.

#. Februari.

"Hari-hari kerja, lala, hari-hari kerja!" - Lagu Meet Uncle Hussain.

Setelah genap sebulan (sebab boleh sebulan je), aku berhenti selepas cuti Seollal. Aku duduk bilik je selepas itu. Memang waktu ini terasa nak berehat je. Asyik-asyik makan nasi kepal tuna, aku suruh rumet aku bungkus setiap hari. Paling jauh aku pergi adalah kedai 24 jam, beli coklat ketika Valentine Day. Coklat disini sungguh murah ketika Valentine Day.

Masa ini, aku tak fikir pasal komitmen apa pun. Main DOTA seharian itu perkara biasa. Setiap hari, aku sentiasa update playlist dengan lagu bawah tanah. Mula tak nak dengar lagu K-Pop.

#. Mac.

Kelas bermula seperti biasa. Tajuk killer masih ada, dan bertambah haru lagi. Macam biasa, hidup mesti diteruskan. Waktu ini juga baru nak berkenal-kenal junior baru.

#. April.

Bulan di mana aku berjinak-jinak dengan DSLR. Sebab banyak kali aku ikut orang berjalan yang ada DSLR. Gadget-gadget itu semua depan mata aku, memang tak reti apa nak menggunakannya. Hanya tahu menekan butang shutter je. Banyak kali juga bertanya orang macam mana nak pakai. Semua dapat aku rasa, jenama Canon dan Nikon, Pentax, Olympus.

Pak Tam @ Emaneous bagi cadangan:

"Ko blogger, ko kena ada benda ini. Buat photoblog," - Waktu ini pun aku jarang update blog. Penulisan kali ini dah lebih kepada isi hati. Ini mengundang pertanyaan rakan-rakan yang baca blog ini. Siap ada sesi talk heart to heart dengan Kamil. Aku berubah?

#. Mei.

Prebet beli DSLR (aku gak yang menemani dia beli). Disebabkan dia, banyak benda aku praktiskan. Aku banyak belajar dari YouTube dan pelbagai Tutorial.

20080520

Together Day, tak faham sangat konsepnya. Hari tiada sebarang racism diantara masyarakat Korea dan warga asing disini. Difahamkan, Korea dah jadi destinasi bagus untuk yang berminat menetap disini.

Malam itu, Jeong son-seng-nim dah aturkan pergi konsert (masa dikhabarkan, memang tak tahu siapa yang datang). Ramai pelajar blah begitu je. Aku yang nak cabut kaki, sebab banyak lagi homework kena buat pun rasa bersalah.

Konsert ini lah paling aku ingat, sebab aku pergi dengan niat jaga hati orang tapi aku dapat ganjaran yang baik, baiklah kot. SG Wannabe, MC Mong dan pelbagai lagi.

20080517

20080509-01

20080509-02

Setiap kali ada game MSFC away, Prebet selalu bawa kamera dia.

Aku bukannya pemain kesebelasan utama, banyak jadi pemanas bangku simpanan je bila masuk tengah season, sebab pemain-pemain utama dah balik atau pulih dari injured. Tenaga untuk main bola ter-convert jadi photographer sementara.

Kejap berlari belakang gol keeper lawan, pergi tengah padang, pergi beli air dan macam-macam. Sambil memegang kamera. Ini adalah season MSFC paling seronok, tak tahu kenapa walaupun banyak kali kalah.

Ini kali terakhir aku main dengan pemain ketinggian 190 cm, berbadan gedabak macam bulldozer ditambah tekanan captain yang selalu menjerit.

Antara tempoh 5 bulan ini, aku cuba berhenti merokok. Perkara yang aku anggap mustahil tapi aku cuba. Memang bersungguh-sungguh aku berhenti merokok.

Setiap hari aku menghitung hari, tarikh aku mula adalah 1 Mac 2008.

[bersambung]

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Nadia berkata...

akhirnya ko berjaya berhentikan..???maksud ako rokok..??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...