Isnin, Januari 17, 2011

[016] Memento: Tahun 2007. Oktober - Disember.

Raya, belajar, GAD, belajar dan practical.

#. Oktober.

Raya bersama-sama watak yang sama untuk kali ketiga. Lokasi sama - kedutaan Malaysia. Tahun ini aku tak baju melayu langsung. Yang ada pun sempit, tengok je la dengan pertambahan berat yang mendadak. Aku pinjam baju Muse.

20071013

Macam tahun sebelumnya, balik raya tidur. Ada yang ada kelas, pergi ke kelas. Aku suka rambut aku ketika ini, memang terbaik dari ladang - neutral habis dengan kekerintingan.

#. November.

Aku pun malas nak tulis event yang sama setiap tahun - GAD: Grand Annual Dinner. Sekadar menghadirkan diri, ucap selamat berjaya kepada senior-senior. Tengok orang menangis. Makan banyak-banyak. Tahun ini, lokasi di World Cup Stadium.

20071118
Aku pakai jeans je ke majlis ini, melanggar protokol. Bulan 11 juga merupakan titik mula aku mempunyai domain blogspot. Aku ubah dari Friendster ke Blogspot. Entri pertama aku publish adalah pasal lampu meja. Lampu yang menemani aku sejak zaman bahasa sampai sekarang - lampu yang sentiasa bersama ketika aku menulis isi blog.

#. Disember.

Permohonan buat praktikal diterima. Aku ditempatkan di area Paju, atas Seoul, kilang semikonduktor. Kerja tahap payah, tapi sesuai dengan bayaran diterima. Masa ini aku faham selok belok pangkat dalam satu company.

20071227

Masa menyambut tahun baru, Naim cuba buat roti canai. Ini semua dapat pengaruh Ipeng, si pakar buat roti canai.

Aku banyak gunakan masa ini dengan rehat, dan bermain DOTA. Sejak habis peperiksaan, pertengahan bulan Disember sehingga baki tahun 2007, semuanya berkaitan dengan DOTA.

DOTA, DOTA, DOTA.
Nama popular aku bila main sesama budak ini: SirapBandung.

[bersambung]

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...