Ahad, Januari 16, 2011

[015] Memento: Tahun 2007. Julai - September.

Saat-saat di Malaysia, setelah sekian lama.

#. Julai.

Aku ada sebulan lebih di Malaysia. Setiap kali aku makan, aku catat apa aku makan. Tak mahu aku tinggal satu pun. Kerja aku makan dan makan. Dah lama tak bawa kereta, memang kekok giler. Beberapa episod nak langgar roundabout. Selama ini, hanya public transportation jadi pengangkutan aku. Dapat kereta, janggal sikit.

20070717

Badan naik mendadak itu perkara biasa. Banyak makan tidur, hantar adik aku ke sekolah. Tengok adik aku kat tadika. Aku balik kampung, selalu.

Aku memang suka kedamaian kampung. Aku membesar di kampung sejak kecil. Kampung ini telah jadi ruang permainan zaman kecil aku. Kecil aku main unggun api, lastik orang pakai biji kopi. Kampung ini juga tempat aku belajar tajwid secara tak formal (bukan melalui sistem persekolahan). Aku suka hidup kehidupan disini.

Banyak benda asas keagamaan aku bermula disini. Dari nenek aku, dari atuk aku.

#. Ogos.

Sama sahaja rutin di Malaysia. Sekali-sekala jumpa kawan sekolah rendah. Memang banyak benda hendak dibualkan. Nak jumpa kawan ketika sekolah tinggi, tapi tak kesampaian sebab semua sibuk dengan sesi pembelajaran.

Masa nak balik semula, memang berat hati. Aku rasa macam dah nak balik semula. Memang betul pepatah, "Hujan batu di negeri sendiri."

#. September.

Aku pulang semula, menyambung pembelajaran, memenuhi kontrak.

20070907

Sekali lagi, meraikan ulangtahun bersama dengan rakan-rakan sebaya. Aku datang lambat, tahu-tahu je dah habis makan. Semester ini, bakal menyusahkan sebab ada subjek killer dan pengenalan mata pelajaran paling horror di mana-mana universiti di Korea: Physic.

20072409

Ini tak ada, kolej aku suruh pergi KINTEX tengok pameran. Sekali lagi, kecewa. Apa-apa expo yang ada masuk vocabulary INTERNATIONAL atau WORLD memang entah-apa-apa. Balik-balik, barang Korea je. Memang semangat cinta terhadap negara sendiri tinggi.

Sony ada, tapi...hurm. Balik kena buat report apa kolej aku sumbang pada pameran ini.

[bersambung]

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...