Sabtu, Januari 15, 2011

[014] Memento: Tahun 2007. Klimaks.

Balik Malaysia untuk 4 hari, lepas itu aku jenguk balik KLIA.

Banyak sangat nak diceritakan sebenarnya di sini. Secara kasarnya trip ini terbahagi kepada 4 bandar: Melbourne - Sydney - Gold Coast - Brisbane.

20070721-01

Melbourne. Banyak menghabiskan masa berjalan kaki. Nak saving punya pasal, duduk Malaysia Hall. Setiap pagi, sentiasa dengar ada seorang pelajar cuci tandas nyanyi lagu Taman Rasidah Utama. Lagu itu menjadi lagu tema sepanjang perjalanan dicampur dengan lagu Masih Aku Terasa, Gersang dan Gadisku dalam Koma. Terima kasih brader itu, memang menghiburkan hari-hari lepak di Melbourne.

Jalan-jalan kat padang Albert Park, lepas itu rasa kagum - sebab tar yang dipijak adalah litar Formula One. Selalu tengok di TV tapi sekarang berdiri atasnya. Prebet, telah menjadi bahan sepanjang trip ini. Prebet yang telah menghiburkan kumpulan trip ini.

Ketika ini juga berlangsung Wallabies VS All Blacks. Memang penuh di jalan, suara memekik "Fuck, Fuck, Fuck," di mana-mana bar kitorang lintas. Bandar ini, memang terlalu ramai warga asing. Banyak kali, aku ditahan oleh sesiapa tanya aku dimana kedai kebab. Mana aku tahu, baru je sampai bro.

20070721-03

Dari Melbourne ke Sydney, menaiki flight tambang murah. Sampai je di Sydney terus cari Malaysia Hall yang sudah di-book 3 bulan lalu. Rupanya kitorang salah tempah bilik, tapi berbekal ayat manis dapat bilik kecil - atas ihsan baik seorang birthday girl yang namanya aku lupa. Aku dan Elhafy siap sambut birthday kakak itu, walaupun tak datang sebab urusan apa entah - nak tunjuk terima kasihnya kami.

Sydney memang tempat terbaik untuk melancong. Banyak aku tulis dalam diari trip aku. Terlalu banyak. Masa nak balik pula, nak kasi murahnya -siap vakuum bilik kitorang tidur. Sood siap bagi janji manis nak bagi brooch kat Kak Ani, penjaga kebajikan pelajar kat sana (?).

Paling tak boleh lupa, masakan Abang Sam, yang paling mengeyangkan dan lawak-lawak Abang Sam yang merapu dan suka merajuk.

20070721-04








Dari Sydney ke Gold Coast menaiki coach train. Perjalanan terlalu panjang dan serba gelap. Antara paling lawak, ada kantoi baca majalah porno dalam train. Sood pula mengalami masalah beg overweight. Ini gara-gara terlalu banyak jumpa barang murah di Paddy Market.

Selepas beberapa kali berhenti, akhirnya sampai di Gold Coast. Tidur seharian, sebab terlalu penat. Malam itu, tidur di backpackers motel - sewa katil dan loker. Ada seorang Englishman duduk sama dengan kitaorang dan layan rugby sama-sama di TV.

Malam itu, semua tidur awal.

Aku terjaga kira-kira di awal pagi, Englishman tadi tengah ####### dengan perempuan mana entah muncul. Di sebelah katil aku. Secara live. Ini risiko kalau menginap di backpackers motel.

20070621-05

Sewa kereta dan berjalan-jalan di area Gold Coast. Kitorang sampai satu taman tema air. Memandangkan waktu itu adalah musim sejuk, memang kosong. Hanya 4 orang dari Malaysia, sibuk menggelongsor dan berendam disitu. Prinsip, "Alang-alang dah sampai jauh, mandi je!". Di sini, berlaku kes kehilangan spek putih. Sepanjang perjalanan, aku dibahan Sood.

Kerja kat sini, menghabiskan minyak je. Jalan tepi pantai.

Masa itu, aku pakai baju Weeds. Aku dianggap adalah weed dealer. Ditahan beberapa kali ketika di pantai. Siap ada orang tawarkan rasa 3 sedut weed. Aku rasa, ianya sungguh high. Masa itu, aku diberitahu weed yang sedap dan tak sedap. Baju aku pakai itu memang sungguh lagenda.

Sebabkan baju itu juga, ada perempuan datang kat aku mintak rokok sebatang. Dia tak minta weed, tapi dia kata aku memang disyaki seorang weed dealer. Prebet jealous dengan aku untuk seketika.

Dari Gold Coast ke Brisbane. Naik van terus ke lapangan terbang Brisbane.

Sampai di Brisbane, kitaorang menginap di rooftop. Aku tidur sampai malam. Bebudak lain pergi tengok stripper kat tingkat bawah. Jangan salah sangka, benda itu biasa di mana-mana. Brisbane adalah macam Bangkok versi Australia.

Nampaknya, macam pengalaman tak baik je kan aku bawa dari trip ini?

Gambar-gambar aku Brisbane, banyak diambil oleh majalah pelancong Brisbane. Ini gara-gara aku publish di FlickR, itu pertama kali dalam majalah ada gambar dan ada nama aku, disebelahnya - Adib Yazid. Gambar lawa tak semestinya dari DSLR yang mahal.

Believe it!

[bersambung]

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tiap hari aku akan kidae entry ni kol 10 n yg ni la paling ak tnggu2..klimaks no2 juga trip 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...