Jumaat, Januari 14, 2011

[013] Memento: Tahun 2007. Mac - Jun.

4 bulan sebagai pelajar freshie. Semangat belajar memang melimpah ruah ditambah lagi jumpa kawan Korea. Memang kekok kali pertama mengguna banmal, bahasa Korea versi un-formal. Masa ini, apa yang dibelajar dalam kelas ketika program bahasa tak banyak membantu.

Memang benar sangkaan aku. Jumpa orang di luar lagi baik dari dalam kelas. Sijil bahasa aku maintain ayu. Kedatangan penuh. Penuh. Maksudnya, aku tak pernah skip kelas. Itu melayakkan aku menerima sijil Dae-Gae-Gen-Sang. Nama dipanggil ketika penyampaian sijil.

Banyak son-seng-nim tak percaya, sebab muka aku jenis suka skip kelas. Aku banyak masuk lambat tapi tak pernah miss kelas.

#. Mac.

Tak ada apa yang menarik. Kalau ada pun aku rasa dah lupa. Masa ini, banyak pujian dapat sebab boleh cakap Korea oleh rakan-rakan lain. Itu je. Memang mengkagumkan, sampai ke tahap ini boleh memahami sedikit sebanyak buku kejuruteraan dalam bahasa lain.

Aku dan Sood pergi pejabat MAS, dan dapat tahu MAS buat diskaun penerbangan ke beberapa destinasi dunia - London, Frankfurt, Melbourne, dengan syarat aku kena balik Malaysia dulu. Waktu mengumpul duit dan mencari partner seterusnya. Lengkap 4 orang, jadual penerbangan.

Semua target nak kasi pointer lawa, baru sedap nak melancong.

#. April.

Kali pertama jawab peperiksaan pertengahan semester. Dah tahu bagaimana sistem peperiksaan bermula disini dan betapa kreatifnya orang Korea dalam teknologi meniru.

#. Mei.

Aku tak ingat apa yang berlaku. Tiada gambar yang ada dalam simpanan aku.

Paling aku ingat, aku pergi repair kamera. Itu je, kot. Lain, adalah urusan dengan Imigresen pasal kemasukan semula ke Korea.

#. Jun.

Habis peperiksaan je, terus kemas barang. Ini kali pertama aku balik Malaysia, selepas 2 tahun. Aku memang eksited habis. Banyak benda aku telah list-kan, dan aku telah cipta sendiri senarai makanan yang aku kena makan sebelum balik sini.

Banyak juga aku shopping - untuk cenderamata dan hati. Apa-apa pun yang penting adalah persiapan untuk ke Australia. Trip pertama aku tanpa menggunakan duit FaMa. Hanya elaun dari penaja.

[bersambung]

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...