Khamis, Januari 13, 2011

[012] Memento: Tahun 2007. Januari-Februari.

#. Januari.

Belajar bahasa, setahun dan setengah - akhirnya dah masuk fasa terakhir - Sixth Level. Memang dah muak menghafal tulisan Cina, buat rumusan surat khabar setiap minggu dan banyak kali repeat kuiz. Sebab malas punya pasal.

Pernah sekali, dari 85 budak Malaysia aku seorang je tak lepas kuiz vocabulary - aku seorang diri menunggu dalam dewan peperiksaan. Itu mengundang pelik pada beberapa son-seng-nim. Yun son-seng-nim suruh aku belajar bersungguh-sungguh sampai habis.

(Yun son-seng-nim adalah cikgu yang menjaga aku seharian semasa aku melawat rumah dia ketika musim panas 2006)

20070127

Ini Korea Open yang kedua aku pergi. Dulu aku pergi sikit orang, sekarang dah ramai. Bertambah meriah sikit. Musim sejuk kali ini mencatat kesejukan yang biasa - tidak ada hari sejuk sampai negatif 20. Masa ini amat penting nak pilih course apa untuk pembelajaran kejuruteraan - Mekanikal, Elektrikal, Elektronik dan Kimia. Aku banyak berfikir waktu ini dan banyak kali telefon pakcik aku pasal benda ini.

20070131

Hujung bulan Januari, ada lagi satu trip penamat pembelajaran bahasa. Pergi ke kawasan sempadan antara Korea Utara - Korea Selatan. Ini trip paling 'tak selamat'. Sebab bila-bila masa, kemungkinan ditembak oleh askar Korea Utara tinggi. Kesilapan pengunjung (menunjukkan isyarat 'fuck') juga boleh mengundang perang sekali lagi.

Secara teknikalnya, perang saudara Korea ini tidak pernah tamat. Mereka menandatangani perjanjian berehat sekejap dari perang, mungkin sebab banyak sangat orang mati. Sebab itu, risiko perang sentiasa ada...sehingga sekarang, tahun 2010.

Masa aku melawat disini, aku kena tandatangan surat perjanjian menunjukkan bahawa andaikata aku mati, aku tak boleh menyalahkan pihak Korea Selatan dan Korea Utara. Dikira 'mati katak', dari segi undang-undang.

Gambar beramai-ramai disini telah menjadi hadiah graduasi yang telah aku terima bulan November 2010.

#. Februari.

Bulan ini adalah bulan kerapkali turun DYTC (Dongyang Technical College, sekarang dah dinaik taraf menjadi Dongyang Mirae University). Semua atas urusan pendaftaran kelas dan pelajar. Banyak juga sesi soal-jawab bersama dekan-dekan.

20070202

Trip ke Hyundai Steel, trip yang saja-saja menghabiskan hari-hari di SNU. Hyundai Steel beza dengan kilang-kilang besi lain adalah memproses besi terbuang - bukan bijih besi galian. Adakah kereta Hyundai dari besi-besi ini?

20070206

Gambar diatas aku cilok dari majalah Batch, sempena habis program bahasa. 3 benda di atas adalah inspirasi aku menulis sajak: Rokok, Kopi dan Pokok. Aku amat kagum dengan tulisan sajak dalam buku  He And She, Man And Woman (그남자, 그여자).

Kerapkali juga aku dan Shi pergi ke Kyobo Bookstore di Kwanghwamun mencari buku, untuk dibaca sempena cuti 2 minggu. Buku yang telah mengubah kehidupan aku - aku jumpa ketika ini: Man from Mars, Women from Venus. Aku diperli habis sebab baca buku ini, sebab lagi bagus kalau aku lebih praktikal dari idealogi dari buku. Detik dimana aku mula dipanggil Dr. Love. Masa ini penulisan blog aku semua kearah itu - sebab itu ramai perempuan menambah aku sebagai kawan dalam Friendster.

20070224

Aku tak ada simpanan gambar bersama orang lain ketika farewell dinner bersama son-seng-nim. Ada hanya gambar ini, dan ianya begitu tidak senonoh. Tiada apa yang seronoknya malam itu, rasa bersyukur dah habis dan kepulan shisha yang banyak.

Masa ini, banyak melawat senior-senior atas. Minta nasihat mana lecturer patut ambil dan tak patut tak ambil. Bulan Februari juga menyaksikan aku menerima junior baru, yang datang di bawah sistem program JPA yang baru.

Junior-junior ini telah menjadi kawan aku disini, watak penting di Ulsan dan picisan besar kehidupan di Seoul.

[bersambung]

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...