Rabu, Januari 12, 2011

[011] Memento: Tahun 2006. Disember.

Menutup tahun 2006 dengan penuh gembira. Menerima kenyataan akan masuk alam universiti, tahun pertama. Belajar sejarah Korea, menonton dokumentari perang Korea, sistem pendidikan Korea dan pelbagai lagi yang perlu tahu sebagai warga Korea. Mula masuk Sixth Level, level terakhir dalam sistem pengajaran LEI, SNU.

Tak penting pun sebenarnya, lagi-lagi bila belajar pasal puisi dan sajak.

#. Disember.

Sekali lagi bertemu hari-hari yang penuh dengan salji.

20061217-1

Gambar-gambar ini menceritakan peristiwa berlaku pada salji pertama, musim sejuk kedua. Watak-watak keliling aku dah semakin kreatif menghargai waktu keemasan.

20061217-2

Masa salji pertama, terus bergegas mendapatkan kot winter. Terbalik untuk tahun ini, mengurangkan segalanya. Baru nampak macam Photoshop sikit, berpakaian macam di musim panas tapi ada salji. Prebet dengan bangganya hanya keluar berpakaian boxer.

20061213

Bila aku tengok gambar diatas, yang menarik perhatian aku adalah kotak susu Maeil perisa cappucino. Kotak itu dah tak muncul dah, sudah bertukar kepada design lain yang lebih fancy dan kool. Syarikat susu itu juga telah muncul dengan perisa pisang - aku gelarkan susu lucah.

Susu pisang, aku gelarkan lucah sebab rasa dia memang tak berat dan ringan. Kemunculan susu pisang menjadi-jadi selepan Banana Uyu berharga 1000 won dalam bentuk seperti bekas Vitagen yang telah dikembangkan.

Belajar dan belajar.

[bersambung]

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...