Selasa, Januari 11, 2011

[010] Memento: Tahun 2006. November.

Lebih serius dari bulan sebelumnya. Masih dalam fasa terkial-kial dalam matematik, tapi dah boleh faham apa son-seng-nim membebel depan kelas. Dalam dialek Busan lagi tu! (sekarang aku tak ada masalah dengan dialek bahagian selatan)

#. November.

Ini adalah workspace. Tempat aku belajar, tempat aku main game, ber-chatting dan menulis blog.

20061118

Aku kurang sikit main game MMROPG, bertukar sekejap ke game yang ada objektif penamat: Need For Speed Carbon. Game berunsurkan perlumbaan bagi aku terlalu mudah. Antara siri Need for Speed paling susah nak main adalah Need for Speed (ketika ini) adalah Most Wanted Edition. Untuk Carbon Edition, hanya memerlukan 52 jam je nak habiskan. Bayangkan berapa lama aku duduk depan komputer main game.

Sekarang dah tak boleh begitu, paling terbaru Need for Speed Shift aku give-up.

Walaupun begitu, aku tak akan lupa tanggungjawab sebagai pelajar berwawasan-lah kononnya. Matematik semakin hari semakin menarik, C++ programming menjadi bahan mainan: tapi aku masih tak suka sampai sekarang. HTML antara subjek menyebabkan aku ada lebih 3 blog masa itu - sebab nak praktis pembelajaran dalam kelas. Aku banyak belajar dari Kamil Halim, ketika itu blog dia popular - Jundumay. Dialah manusia begitu berevolusi untuk 4 tahun seterusnya.

20061126

Aktiviti tahunan, Grand Annual Dinner PPMK. Aku memang tak ada mood nak pergi, sebab terlalu jauh dan ianya 'dinner'. Semuanya tentang makan dan makan, dan menyambut senior yang bakal pulang ke Malaysia. Itu je.

20061126-2

Aku teringin nak pergi Seoul Tower, sebab selalu muncul dalam drama. Aku ingat nak pergi beberapa orang aje. Tiba-tiba jadi banyak. Bila berjalan dengan lelaki ini, mereka suka jadi follower. Kerja follow je, jalan bawa salah - aku yang kena disalahkan (malam itu aku salah bawa jalan lain naik cable car).

Sejak dari itu, kalau aku ada tempat nak pergi - aku suka pergi seorang diri atau paling koman 4 orang, sebab senang nak naik teksi. Lagipun, senang sikit aku eksplorasi benda menarik (benda bagi menarik terlalu random, tong sampah pun boleh jadi benda menarik).

20061128-3

Dulu, pagar besi di Seoul Tower itu tak ada langsung mangga dan kunci - simbol perasaan cinta dan janji sampai mati. Memang dulu tak ada sebab untuk naik Seoul Tower, berbanding sekarang: memasang kunci dan mangga. Pengaruh drama begitu kuat dalam masyarakat disini.

20061139

Main paintball di awal permulaan musim sejuk mungkin idea sedikit kurang bernas. Ini aktiviti banjang aku, Pak Nab berjaya buat. Ramai-ramai kumpul pergi main paintball. Tempat itu memang menarik, boleh terbang dan bergolek-golek tanpa segan silu. Tiada masalah luka.

Umpama main Counter Strike tapi paintball.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...