Isnin, Januari 10, 2011

[009] Memento: Tahun 2006. September - Oktober.

Kelas Fifth Level bermula. Sukatan belajar telah diubah. Pengenalan kepada matematik, sains dan komputer - sepenuhnya dalam bahasa Korea. Bagi aku, antara kesilapan dalam program ini, selang masa otak fresh dengan nombor dan berjumpa dengan nombor semula - terlalu lama.

Banyak kali aku berdepan masalah bengap dengan kamiran dan pembezaan. Asas penting kepada engineering. Banyak benda aku kena study semula dan mahirkan semula. Tak apa, bengap bendul sekarang dari kemudian.

#. September.

Everything turned to be serious. Banyak homework, waktu belajar di tambah. Memang dah kurang masa untuk bermain-main. Ini persiapan untuk ke alam seterusnya.

20060921

Son-seng-nim bawa jalan-jalan sepanjang Han River menaiki basikal. Memang semput habis. Mana pernah aku bersenam sepanjang musim panas, tak pasal-pasal kena kayuh basikal untuk berkilometer. Jauh plak tu! Memang rasa habis nafas mengayuh.

Aku sempat habiskan course kayuh basikal, sampai je dah senja. Memang lawa keadaan senja kala itu.

#. Oktober.

Pergi melawat Kyeongju. Melawat tempat ini, umpama melawat Melaka Bandaraya Bersejarah. Semuanya tentang zaman lampau dulu. Melawat kubur raja-raja, melawat bandar mitos. Membaca enakmen sejarah.

20061029-1

Salah satu aktiviti diselitkan, mengayuh itik di tasik. Ini percutian yang bosan, sebab memang terlalu bersejarah tempat ini. Kimchi di sini pun tak sedap, tak macam di Jeju-do. Sampai malam, lepak di luar tengok Mang main motor cinonet (Mang memang obses dengan objek berenjin), sakat-sakat Jihad Jamarei sebab mukanya macam Ferdouce Pasha. Banyak kali curi-curi masuk arked, tapi kena serbu dengan Ham son-seng-nim.

20061029-2

Salah satu world heritage ada di sini, Bulguksa Temple (aku dah lupa, betul ke?). Tak ada pun di sini, melainkan istana yang masih utuh walaupun Jepun sudah datang menjajah tempat ini.

Aku jalan-jalan dengan Guo, ada budak tadika melawat disitu. Budak yang ramai-ramai ini datang serbu Guo, sebab mereka ingat Guo adalah peninju WWE, Booker T - yang hitam dan tinggi, ditambah lagi begitu poyo. Budak-budak kecil ini siap hulur kertas dan pen nak minta tandatangan Guo. Ini pengaruh TV kepada budak-budak. Lagi satu, bandar Kyeongju mungkin terperuk. Penerimaan orang berkulit hitam seperi Guo sukar diterima lagi. Tahun 2006 plak, tahun meriahnya dunia gusti WWE!

20061025

Raya, raya, raya. Beginilah setiap kali raya. Tak ada spesialnya. Aku masih berbaju Melayu yang sama - hitam. Raya di tempat sama juga. Mula-mula ruang kedutaan Malaysia, lepas itu pindah ke rumah Pegawai JPA. Lepas pukul 3 petang, semua balik rumah - sambung main game MMROPG.

Aku lepak Boramae, makan kuih dan bersembang dengan Haikal. Manusia yang paling banyak bercakap - doktor Love, pakar politik tempatan yakni Malaysia, observer masyarakat Korea dan pernah mengkritik sistem kesultanan dalam blog dia - Renegix. Dia macam setiausaha aku dan wikipedia aku, tanya dia ini, dia boleh cerita sampai ke Subuh.

Blog ini tersangat popular ketika itu, orang yang baca umurnya dalam lingkungan 30-an. Di block, sebab isu yang dikupas terlalu sensitif. Sekarang?

Banyak sungguh blog begitu. Adakah AUKU di aplikasikan pada kes Haikal @ Renegix?

[bersambung]

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...