Ahad, Januari 09, 2011

[008] Memento: Tahun 2006. Ogos.

Fourth Level dah sampai garisan penamat. Siapa yang balik Malaysia, balik. Yang tak balik masa itu hanya 11 orang. Memang bosan itu biasa. Cuti 3 minggu ini memang kena dimanfaatkan dengan baik.

#. Ogos.

Fourth Level memaksa mengasah skil berbahas: antara benda paling aku tak suka. Mungkin sebab aku pemikiran aku yang idealis. Permulaan kelas ini yang paling lawak adalah ketiak pemilihan ketua kelas (banjang dalam Korea). Aku selalu tengok baca kat komik, lantik diri sendiri jadi banjang - ini kali pertama aku tengok dalam real-life. Gambar sebelah kanan atas, ada perempuan - perempuan yang dijadikan bahan lawak aku, Sood (belakang aku), Rubendran (sebelah Sood)  dan Elhafy (berbaju belang). Wei Guang, watak aku sebut sebelum ini, berbaju hijau.

Sebelah kanan aku, berbaju merah putih adalah Sidang. Selalu kena bahan, tapi aku respek dia sebab - he can speak English accent very well.

20060811

Dalam kelas ini, ada debater dream team. Aku tak ingat siapa, aku rasa Syahmy, Rubhen dan Tan Wei. Dream Team ini dibuat oleh Sood sendiri. Seorang lagi, Sood kata ianya merujuk aku - sebab aku suka pangkah Tan Wei. Setiap kali, aku bertarung debate dengan Tan Wei, aku akan lupa isi sepatutnya aku cakap. Aku lebih kepada fire balik isi dia.

Tak ada masalah apa pun, tapi selalu rembat cookies aku dan orang lain. Sebab itu markah debate aku tak tinggi, sebab cari pasal. Bila sebut cookies coklat ketika Fourth Level, ramai budak dalam kelas itu memahami apa maksudnya.

Memang meriah suasana habis kelas dan ceremony Fourth Level. Aku masih tak terima kenyataan, aku bergambar dengan lelaki Burma itu. Dia request nak bergambar dengan aku. Rasa bersalah habis gelakkan dia tiap kali lalu depan aku. Seperti biasa yang biasa, markah aku maintain. Tiada A, untuk kali keempat.

20060814

Cuti ini, terpaksa jaga arnab Sarini. Arnab yang bertanggungjawab menggigit wayar internet aku. Aku duduk rumah dengan Anas. Sesekali Shi datang rumah, tengok cerita sama-sama. Aku habiskan masa awal-awal dengan menonton anime Slam Dunk semua episod.

Anas jatuh sakit dengan teruk. Aku nak keluar pun, rasa tak bagus. Takkan nak biarkan orang sakit seorang diri kat rumah. Macam benda boleh jadi.

Banyak juga habiskan cuti tengok movie-movie lama, sambil hisap curut. Memang banyak giler aku hisap curut. Pelbagai rasa, strawberry, chocolate dan cappucino. Masa ini memang dah tahap heavy smoker. Bila cuti berlalu 4 hari begitu, aku rasa tak patut habiskan cuti begitu je. Lalu, kami yang tinggal merancang ke Gunung Bukhan. Naik tak sampai kemuncak, berhenti di tengah, solat Zohor, mandi kat sungai lepas itu turun semula. Balik tidur.

20060822

Lepas beberapa hari, pergi ke Lotte World. Bila tiket full course. Lotte World adalah salah satu kawasan pengambaran drama Stairway to Heaven. Dengan tiket full course, muzium, indoor dan outdoor aku belasah. Janji jangan balik rumah, kalau balik rumah mesti duduk depan komputer je takpun membungkang.

Musim panas ini juga, aku rajin buat blog-walking. Tak banyak blog seronok aku jumpa. Ada pun, memang kool habis. Kala ini, aku buat entri pasal cinta dan kahwin. Memang mendapat respon yang tinggi dari kawan sebaya dan anonymous. Ya la, aku pulak yang cakap pasal isu ini - lelaki yang tak ada komitmen terhadap perempuan.

20060827

Korea Open, ketika musim panas. Tahun selepasnya, ianya berlaku ketika awal tahun. Aku pergi atas pelawaan senior. Benda gile aku buat, berlari-lari separuh stadium dengan mengusung bendera Malaysia.

Sengal. Budak-budak dari Malaysia balik, cerita pada aku betapa seronoknya balik dan ada juga mengadu menyesal balik. Masa ini, aku dah mula main game secara serius - main MMROPG. Dalam beg aku ada PSP, main FIFA.

Satu kepastian, aku dah tak ada mood nak belajar bahasa lagi. Aku addict dengan MMROPG.

[bersambung]

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...