Sabtu, Januari 08, 2011

[007] Memento: Tahun 2006. Jun - Julai.

Bila semua dah duduk menghadap komputer je, memang susah nak mengajak rakan sebaya bersukan. Memang payah. Fungsi TV dan jadi macam bebanan. Aku banyak kali pergi Boramae, TV dah berhabuk. Bila aku buka TV, semua ahli rumah terkejut. Sood pun sama, siap rasa excited tengok aku tengok Terminator 2 di TV - bukan di komputer.

Bila ada aksi bogel-bogel, lagilah. Padahal sengaja nak distract diorang dari fokus kat study. Fourth Level adalah Level dimana proses menghafal sekurang-kurangnya 30 vocabulary baru dan 20 atau 10 tulisan karektor Cina - edisi purba. Bukan ringkasan macam Kanji Jepun atau yang dipakai oleh Cina di Hong Kong atau di Malaysia.

Wei Guang, kawan aku paling besar (bukan sebab obesiti) siap tegur, "Apa kamu buat tengok orang bogel di TV?". Sampai sekarang aku teringat betapa terkejutnya aku dengan kata-kata itu. Segan. Muse, rumet kepada Sood ketika itu juga mengkhabarkan Wei Guang kejut Mang @ Rahman bangun Subuh. Awesome.

#. Jun.

Betapa seronoknya dapat main bola semula dalam keadaan serba serbi panas. Dalam keadaan boleh berpeluh. Main bola waktu musim sejuk, memang tak ada keluar peluhnya. Sebelum ini, selalu main di area Boramae. Masuk team pakcik tua, aku sepatut gelarkannya atuk sebab umur dia 70 tahun lebih tapi aktif main bola.

Kerap kali diajak ke bar atau hof untuk minum-minum - alkohol yakni Soju.

20060602

Samgak Kimbap. Aku ada pengalaman seronok pasal samgak kimbap ni. Makanan ini penuh tricky, cara pembungkusan dan cara membuka kena fahami betul-betul. Kali pertama aku makan benda ini, Kim (rumpai hijau) tertogel dari nasi. Memang newbie habis. Ini adalah makanan yang sentiasa aku cari ketika lapar dan mahukan kekenyangan yang ekspres.

Padang futsal ini adalah padang yang ramai budak Malaysia main, berlaku di beberapa generasi budak Malaysia di Gecheok (pusat memang ramai budak Malaysia). Sehingga sekarang pun begitu. Ketika ini, ajak budak main bola tapi tak ada siapa pun yang turun. Mengundang kemarahan Anas dan Kong. 2 ikon penting dalam menyatukan budak batch dan membina pasukan bola sepak.

Itu Anas lakukan pada Oktober tahun ini, 2010.

20060611

Aku tak ingat bila aku pergi homestay. Bulan 5 ke 6. Aku letakkan dalam bulan Jun 2006. Sebelum pergi homestay, aku disuruh oleh son-seng-nim tulis surat (tak reti) kepada famili Korea tersebut dan cakap pasal diri sendiri dan benda apa dapat buat, akan gembira.

World Cup 2006.

Aku tulis pasal aku nak tengok World Cup, game England lawan siapa entah. Famili ini memang tak suka tengok bola melainkan perempuan berbaju pink itu. Dia yang menemani aku tengok bola sampai ke pagi dikala semuanya sudah masuk tidur seawal 11 malam. (game pukul 3 pagi). Homestay ini bagi aku tak seronok sebabnya satu - budak lelaki yang meminta homestay ini. Ada ker dia study, aku seorang tengok TV, tengok highlight bola. Eh, berdua dengan kakak dia.

Mak dia sempat ajar aku masak Kimchi Jiggae (kimchi stew) dan Kkaeran Jimm (sup telur?). Sebenarnya mak dia baru je belajar, sebab aku tulis dalam surat itu. Keluarga ini kaya, memang kaya. Sekuriti rumah dia memang tahap gaban habis. Setiap kali makan je, telefon. Nampaknya, aku dah menyusahkan mak dia. Hurm.

#. Julai.

Kali ini aku banyak berjalan berdasarkan majalah - K.Scene Mag. Majalah ini dah tak wujud dah. Majalah ini wujud untuk foreigner, sentiasa update event semasa sekitar Seoul. Konsert bawah tanah disitu, pesta makanan di sini, forum perbincangan di sana dan pelbagai lagi. Memang menarik majalah itu.

20060716

Pandangan aku, pergi motorshow ini sebenarnya bukan nak tengok kereta sangat. Kalau nak tengok kereta dan spesifikasinya, tak sampai 30 minit dah boleh habis jalan-jalan dan tengok-tengok. Guo ketika ini, dapat tahu bagaimana hendak bergambar dengan gadis-gadis disini. Tiada apa yang menariknya Seoul Motorshow ini. Semangat nak memajukan negara sendiri kuat sangat, sehingga semua jenama kereta yang ada kereta tempatan je.

Tapi sebaliknya berlaku selepas 3 tahun. Baru Audi R8 masuk bersepah-sepah di Korea. Kereta Mini Club dah jadi biasa. Awal-awal kat sini, memang bosan habis tengok kereta di jalan.

20060716 - 2

Secara jujurnya, aku tak suka sukan yang memerlukan keseimbangan - ski ais adalah salah satunya. Kena jaga postur badan dan kaki, supaya tak tergelincir. Lebih berpuluh kali aku jatuh di sini. Eksiden tak seronok berlaku adalah kamera aku rosak, rosak bukan sebab jatuh berpuluh kali tapi beg aku terjatuh. Gambar-gambar seterusnya yang wujud dalam blog ini, adalah hasil ikhsan yang baik dari pelbagai kamera milik keramaian.

20060726

Gambar diatas itu, adalah Abang (yang aku sebut sebelum ini). Bawahnya, adalah son-seng-nim aku gelarkannya OTAI. Sebab dia terlalu brutal dalam mengajar. Cara pendekatan dia ajar memang menarik. Contoh-contoh dia bagi pun menarik, selalu je terpaksa lewat dari kelas lain segi tempo belajar. Ini gambar dia sebelum dia berhenti mengajar bahasa di Language Education Institute, SNU. Dengar khabar dia sudah kembali mengajar.

20060726-2 

Dari kiri, cikgu yang memang sentiasa rock. Korang rasa umurnya berapa? Memang dia tak sepadan dengan umur dia. Tengah, adalah manager team bola. Jatuh terjelepuk kena tackle lepas itu ada suara dia menjerit dari tepi padang, "Fighting~~~", terus bersemangat nak main bola. Korang kena dengar suara dia, memang akan rasa menggeletar jiwa seketika. Comel habis. Dia son-seng-nim aku dari Second Level, betapa gembira dia ajar aku. Dia sudah kahwin.

Sebelah kanan, adalah son-seng-nim yang sentiasa bersama dari Malaysia sampai sekarang. Kalau jumpa dia sekarang, agak fasih berbahasa Melayu - sebab selalu ulang alik Malaysia. Kali terakhir aku jumpa dia musim panas 2009. Masa itu, aku korek habis-habis love story dia, sebab terlalu banyak rumor pasal love story dia yang terlalu sweet untuk didengar.

20060727

Ini kali pertama aku masuk contest Korean Speech, dan ianya kali terakhir. Dapat nombor 2, nombor 1 rumet aku yang berbaju biru. Aku dapat tunjuk ajar dari Kim-In-Kyu son-seng-nim. Guru yang banyak kali mengajar aku, tentang lenggok bahasa. Seminggu aku kena raging dengan dia, tiap-tiap hari aku mengamam, meletakkan pen atau pensil di mulut dan berucap dalam bahasa Korea. Tak cukup dengan itu, ada sesi menjerit 10 minit sebelum latihan bermula.

Skrip kertas ucapan itu, aku masih simpan di sebalik sijil itu.

[bersambung]

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Linlin berkata...

seronok kut belajar bahasa.

lagi bila boleh faham ap org ckp. dh terer ckp lg la seronok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...