Jumaat, Januari 07, 2011

[006] Memento: Tahun 2006. Mei.

Cuaca dah mula merasai bahang. Musim bunga pertama. Segalanya berbunga. Kalau di bandar memang susah nak jumpa kelibat bunga. Kawasan Seoul National University pun tak selawa mana. SNU adalah universiti kerajaan, top ranking in the world. Sebab itu dekorasi dalamnya tak macam universiti lain. Bosan.

#. Mei.

Bulan dimana ramai dah boleh tersenyum. Bulan 8 nanti, akan ada cuti 3 minggu. Waktu ini, ramai bercadang hendak pulang ke Malaysia. Aku tak, sebab tak sampai setahun aku kat sini dah balik. Rasa tak macam duduk oversea, tapi rasa macam belajar kat Muar duduk kat KL.

20060506

2006 dapat menyaksikan, semuanya kali pertama. Ini juga kali pertama aku pergi Hi-Seoul Festival. Waktu ini dapat merasa pelbagai makanan dari seluruh dunia. Tahun 2006 dengan tahun 2010, memang lain dari segi negara yang terlibat dan bagaimana susun atur. Waktu ini, Malaysia ye booth terceruk kat lorong mana entah. Sebab itu pelanggannya tak ramai di kalangan orang bangsa lain (ini pendapat aku). Berbanding sekarang, memang terbaik. Selalu je cepat habis.

20060509

Cuti dari Level Third ke Level Fourth. Apa yang penting bila jadi pelajar ini, bukan bagaimana kita menghabiskan waktu pembelajaran tapi bagaimana kita menghabiskan cuti. Waktu ini, aku ikut rombongan Abang Pijun (lelaki popular sekarang, trip leader aku ke China) ke Seokchu. Tak buat apa sangat pun di sini, makan dan jalan. Kemuncaknya esok, mendaki gunung Seoraksan.

Aku rasa siapa yang ikut trip ini akan terngiang-ngiang masakan waktu sarapan. Entah apa yang disumbatnya, menjadi satu masakan yang begitu masterpiece. Konsepnya satu. Apa yang ada tertinggal campakkan saja ke dalam kuali. Ini trip penuh kebebasan - siap beli beras, garam dan gula lagi. Trip ini menjadi bualan ramai, bila tang masakan itu.

Konon lah nak bangun pagi tengok sunrise, hampeh semua tidur. Ada satu gambar aku bangun pagi hanya memakai brief dan bergambar dikelilingi orang tidur. Tak nak publish. Ada juga main WWE kat atas katil. Aku simpan video itu, dengan tajuk "Zul Mengamuk". Video lelaki separa bogel main count 1, 2, 3. Kenangan itu, beb.

20060510

Mula-mula ingat nak naik sampai atas, tapi aku give-up tengah jalan. Memang terlalu tinggi, aku pun satu pakai jeans. Memang sah-sah, tak nak naik sampai atas. Sebelum naik itu, aku nampak cable car, maka secara automotik aku rasa lebih efisien naik cable car dari memanjat menggila.

Aku lepak dengan Elhafy di bawah menunggu ahli lain naik dan turun semula. Semuanya gagah dengan ayat begini, "Alang-alang dah sampai meh naik sampai atas,". Terpacak aku dibawah menunggu, berkali-kali pergi tandas. Antara benda menakjubkan adalah sistem telekomunikasi. Aku telefon Pijun di atas gunung. Atas gunung ada line, clear bebeh! Clear!

Waktu ini aku jumpa orang Malaysia. Aku nampak perempuan Cina pakai beg Top Glove, terus aku cakap, "Top Glove kat Malaysia je ada kan?". Perempuan itu menoleh, dan...sangkaan aku betul. Masa tempoh menunggu juga, jumpa rakan-rakan lain yang datang Seoraksan. Mereka ini, lagi giler sikit dari trip Abang Pijun.

20060516

Kena masak-masak untuk booth Malaysia sempena Spring SNU Festival. Setiap universiti biasanya akan ada Spring dan Autumn Festival. Spring Festival menariknya akan dapat tengok konsert free - artis popular semuanya. Aku pernah tengok Jewelry, After School dan Wonder Girl sebabkan festival ini.

Yang penting makan. Sebelah booth ini, ada booth Burma (aku tahu dia dari Burma sebab ada wajah Aung Sung Kyi. Ketika ini, masih dalam penjara, dikala aku tulis ini dia sudah bebas). Waktu ini kenal seorang lelaki besar. Aku tak pernah tanya nama dia pun, cuma setiap kali dia lalu aku senyum. Lepas dia tak ada kat situ, aku ketawa. Sebab muka dia macam Guo. Pakai pun macam Guo, berjalan macam Guo. Pertemuan yang pelik dan biadap. 

20060527

Aku pernah ada satu robot Gundam aku simpan di Malaysia. Aku cari balik beberapa koleksi robot Gundam Wings. Dah lengkap! Ini harta aku yang sekarang tersorok bawah katil di Malaysia. Sudah pasti ada bahagian macam pistol sudah diratah oleh adik aku.

Aku belajar macam mana nak cat Gundam dari Abang (nama dia memang Abang, dari Sarawak).

Begitu saja, bulan Mei berlalu.

Kebosanan mencipta kelainan.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...