Isnin, November 29, 2010

Terima kasih kepada yang bersusah payah.

Aku jarang check lubang pos aku. Biasanya akan ada majalah Naval Engineering yang dilanggan oleh super-senior aku, dan bil telefon LG bukan nama aku (kebanyakannya nama Cina).

Ada yang terlewat aku baca, bila tengok tarikh sampai dah seminggu pun ada. Ada sesetengah surat berdaftar diletakkan ke bilik pak guard. Surat begini, nama penerima akan diletakkan di kawasan membaca surat khabar yang memang aku jarang ke situ.


Thank You.

Andaikata ada perang, ini antara aku akan bawak bersama.


Terima kasih, kepada penghantar surat. Aku memang tak expect sampai ke tahap ini korang nak wish hari kelahiran aku. Ada satu surat yang memberitahu bahawa blog aku ini menjadi inspirasi hari-hari beliau.




Percayalah, sekeping surat lebih bermakna dari 'post on my wall'. Korang telah membuktikannya, tanniah dan teruskan bukan hanya kepada penulis blog ini tapi kepada rakan-rakan tersayang.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Linlin berkata...

aku bayang kau lari bwk surat2.

jijie berkata...

eh..kenapa nampak macam ada riak-riak tulisan saya di atas sampul kad tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...