Rabu, Disember 01, 2010

Petua diet kempiskan perut.

Bakar! Bakar! Bakar!

Aku memang bermalas-malas sekarang ini, tinggal seminggu 4 hari untuk pergi ke kelas. Walaupun banyak masa aku di meja, menelaah. Asyik cepat lapar je. Cuaca memang memainkan faktor, apatah lagi ianya ada kaitan dengan pengembresan hormon dan kelaparan perut.

Aku kurang makan bila cuaca panas, sebab ada je benda nak buat bila musim panas. Bila musim sejuk masuk, malas nak keluar dan nak makan-makan-makan.

Ini antara makanan yang patut aku letak sebelah meja aku, selepas aku baca artikel sihat:

#1. Oat. - Bekalan dah habis.
#2. Kekacang almond - sumber tenaga pantas aku selepas pisang.
#3. Tepung protein - Tenaga untuk kelas berenang.
#4. Minyak olive - mana nak rembat?
#5. Buah berry - aku masih gemarkan pisang.
#6. Telur - sebiji sehari.
#7. Tuna - aku suka bantai dengan nasi kosong.
#8. Peanut butter - rare item susah nak jumpa. Ada 2 kedai je jual.
#9. Sayur - aku jadi 'veggie lover' selepas datang sini.
#10. Susu - minuman setiap pagi selepas kopi.
#11. Teh - ada berkotak teh hijau. Nak?

Susah giler nak kontrol makan waktu sejuk-sejuk ni.

Mengidam nasi impit ada lontong, kuah kacang panas kaw-kaw baik nye.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...