Khamis, November 25, 2010

Andaikata kalau perang Korea berlaku...

Kalau aku mempunyai fikiran sintesis yang agak tajam dan tidak membuatkan orang selesa dengan aku. Aku utarakan soalan ini, "Andaikata kalau perang Korea berlaku dan..."

"..aku mati."

Geografi kedudukan aku menulis isi blog ini memanglah terlalu jauh dengan sempadan Korea Utara. Tapi teknologi sekarang mampu menidakkan rasa ketenangan itu. (perang boleh berlaku dimana-mana). Sebab peluru berpandu mampu bergerak jauh. Lagi satu, Korea Utara negara yang belum diketahui secara teliti berapa bilangan askar yang mereka miliki dan kemampuannya mengharungi perang ini.

Aku belajar juga, terpaksa, belajar sejarah Korea. Kebanyakannya aku tidur ketika cikgu Sejarah Korea aku menayangkan video-video peperangan. Dan aku juga pernah melawat garisan sempadan Korea Selatan-Korea Utara. Aku pernah melintas garis tersebut, dan aku pernah menjejaki kaki ke tanah Korea Utara, tapi itu dalam keadaan aman. Dimana ada pegawai bertugas sedang menjaga perilaku aku...

Mana tahu, aku boleh tersalah keluar isyarat jari tengah. Hendak juga, disebabkan aku 2 negara berperang.


Lecturer aku begitu risau dengan keadaan aku. Tanya, bagaimana kerajaan Malaysia akan bertindak, adakah akan menyediakan pesawat TUDM ke. Atau meletakkan satu kawasan seluruh warga Malaysia berkumpul.

Aku juga ditanya, bagaimana dengan ibu bapa aku. Adakah mereka risau ke tidak, dah telefon ke tidak. Juga persoalan andaikata dalam masa terdekat meletusnya perang, sijil 'degree' aku ke. Projek yang aku sedang sampaikan perlu diteruskan sehingga habisnya semester ke.

Banyak signifikasi atau kesinambungan yang perlu difikirkan, andaikata kalau perang berlaku.

Itu semua kalau aku berfikir seperi seorang yang sintesis.

Kalau aku seorang yang idealis, pasti aku akan tanya pendapat pelbagai orang tentang isu ini.
Kalau aku seorang yang pragmatis, aku akan berseloroh..."Perang je kot!"
Kalau aku seorang yang analisis, hari-hari seterusnya akan mengikuti tabloid kisah perang ini.
Kalau aku seorang yang realistik, aku patut cari dokumen sah perjalanan aku dan menanti dengan waspada.

Ada siapa yang mengikuti Twitter aku?
Ada macam gelabah tak pasal perang ini?

Aku masih sedang menyiapkan skrip presentation terakhir aku (bukan satu sahaja), latihan tubi kelas renang, muat turun seleksi WSOP 2010, dengar lagu Daft Punk, baca nota isu semasa E&E dalam automotif, tambah ilmu pasal otak manusia berfikir, mengkaji produk baru untuk penggunaan manusia 30 tahun akan datang.

Tidak lupa juga, meng-update blog ini.

Doakan supaya perang besar tidak berlaku.

Amin.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Nadia berkata...

Aminnnnnnn....x kan perang kot..~!!!

sempat la ko abeskan degree dlu..lgpon ako tgk student sane rilek jer...hehehe

..^^V..

fadh_q berkata...

err...aku baca kot blog kau. tapi kan....tade pun twitter kau...nak!!

sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...