Rabu, Jun 30, 2010

Petua Dating: Jangan memakai jersey.

Pertama kalinya, jangan percaya dengan apa yang aku cakapkan. Ini bukan petua, barangkali hanya pendapat aku. Lantak-lah kalau kamu nak pakai jersey kesukaaan kau untuk keluar dating atau pergi pasar malam. Itu hak kau, kalau tak suka sila letak komen.

Aku memang suka memakai pakaian yang mempunyai nilai kesukanan. Contoh yang ramai pakai adalah jersey. Aku suka pakai sebab ringan, berangin dan selesa daripada baju 'cotton' yang adakalanya tidak menyerap peluh (cuaca panas begini lagilah senang nak berpeluh). Dulu ada senior aku tegur melihat aku yang sentiasa kemana-mana memakai pakaian ala-ala jersey (kain yang macam jersey tu).

Dia cakap, "Kau nak jumpa awek ke?"
Aku cakap, "Tak!"

Untuk perempuan ini mungkin fakta yang boleh dijadikan perbualan dimalam hari (pillow talk) bersama rakan-rakan. Kenapa ada sesetengah lelaki memakai jersey untuk 'dating'/lepak bersama rakan-rakan:

#1. Bangga dengan kelab/negara yang mereka sokong.
Ini memang lumrah. Pastinya setiap lelaki ada kelab kesukaan masing-masing.

#2. Jersey bukannya murah.
Walaupun nampak kelihatan murah, tapi harga jersey bukan harga sehelai t-shirt edisi khas musim panas keluaran Giordano. Bukan! Ayat ini mungkin tersalah anggap, "Wearing nice clothes when go date". Konsepnya, mahal suatu benda adalah bagus (nice).

#3. Kelihatan kemas seperti atlet kesukaan mereka.
Cuba lihat pemain-pemain Cote'd Ivoire yang mempunyai buah dada yang terkeluar dan sasa. Mereka begitu hanya dengan memakai jersey. Mana lelaki tak nak?



Aku baru-baru ini agak aktif membaca kembali ideologi fikiran manusia yang bertentangan jantina. Jadi aku rasa aku pun tak akan memakai jersey lagi ketika kemana-mana:

#1. Kelab kesukaan kau sudah diketahui.
Bayangkan, kali pertama jumpa, "Kamu suka Park Ji Sung?". Rupanya aku memakai jersey Manchester United. Dah-lah salah buat tanggapan, bajet mesra alam.

#2. Aku dijadikan bahan perbualan.
Sibuk menanya dimana aku beli baju ini, berapa harga dan sekian-sekian.

...sebab UTAMA kenapa aku tak suka pakai jersey bila berjumpa perempuan...

PENDAPAT MEREKA TENTANG BOLA ADALAH TAK KEMANA PUN

Ini bukan aku tujukan kepada semua, ada segelintir. Tengok baju aku, mereka menceritakan kekacakan Christiano Ronaldo, Sergio Ramos, Torres dan pemain-pemain dari negara-negara fesyen (Italy, Spain, France dll.) Sebut France, Frank Ribery boleh dikecualikan.

Itulah beza lelaki dan perempuan yang melihat bola.

Lelaki, sebab ke'cantik'an permainan mereka.
Perempuan, sebab kecantikan mereka.

Kan lain?
Percayalah dengan idea aku yang menekankan jangan memakai jersey kerap sangat.

Kebosanan mencipta kelainan.

5 ulasan:

Unknown berkata...

lebih suka pakai cotton plain tshirt utk menunjukkan kesederhanaan..cewahh...

shiitake berkata...

pompuan mostly mmg x tgk bola tapi tgk 'kacak'nya pemain bola itu. tapi ada yg exceptional mcm adik aku yg lebih baran drpd kahn time2 tgk bola. sdgkn abg aku gelecek bola pon x pandai. dasar pemain tenis murahan.

Nadia berkata...

Ini pendapat tau :

ako mmg x minat bola dan knal lansung ngan pemain bola sepak seperti diatas ...dan ako harap kalo ako kuar dating nnt si die x pakai jersi sbb ako rase die nk pegi bersukan & bukan pegi dating..hehehehe......

DandelinoiD berkata...

ries lee: yeah, hidup plain!

shitake: apa kaitan dengan tenis?

nadia: sebab itu kena komen, setiap org ada komen.

mataikan berkata...

abg ak lek je jumpa awex pakai jersey...hahhaa..it depends on how u represent urself..baju xmemamin ape peranan sgt pon..wlopon 1st impression 2 pntg..hehe...n ak(wakil pompuan) mnt bola sbb game bkn sbb player..harap maklum..:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...