Sabtu, Jun 26, 2010

Mari menyokong Korea Selatan masuk ke peringkat seterusnya.

Selepas beberapa episod dimana aku jadi antagonis kepada penyokong Korea Selatan, disaat ini aku bertukar kepada pro-Korea Selatan. Aku tidak ditawarkan gadis Korea yang comel mahupun kehidupan yang selesa sebagai makhluk asing disini.

Inilah sebab kenapa aku tiba-tiba menjadi (ingin menjadi) penyokong Korea Selatan.

Korea berjaya menamatkan perlawanan dengan Nigeria seri 2-2, yang melayakkan negara itu masuk ke peringkat seterusnya, pusingan kedua (Top 16). Aku tengok perlawanan itu, dan keesokkanya agak letih menggila dan bangun lewat sesangat.

Bawah ini adalah gambar ketika keluar mengambil angin di Seongnam-dong, bandaraya Ulsan, hari ketika Korea Selatan sudah layak ke peringkat kedua Piala Dunia. Aku senaraikan kenapa kita perlu menyokong mereka supaya menang.

#1. Ada kedai menawarkan potongan 10 hingga 20 peratus.
Aku tak ada niat hendak membeli apa-apa, hanya menemankan orang yang hendak balik Malaysia membeli barang, Abe (bukan pemain Jepun, tapi berasal dari Besut (?)). Masa tanya harga, ada mamat penjual tu cakap, "Hari ini ada diskaun 20 peratus!". Aku cuba berlawak bodoh, "Kalau menang World Cup boleh jadi free tak?". Dia kata, "Ya,"

Sebab itu aku bersungguh hendak menyokong Korea selepas ini.



Aku


Barang itu bukan barang aku, satu lagi beli barang dapat baucar lagi. Sila sokong Korea.

#2. Kombo pop-corn di CGV.

Musim panas adalah musim yang penuh filem yang berbaloi untuk ditonton. Walaupun agak 'ga-ei' menonton wayang 2 orang, tapi disebabkan bosan sangat, layan saja. Cepat betul mereka kemaskini menu di wayang, baru menang selepas beberapa jam (menonton wayang pada hari yang sama dengan waktu perlawanan berlangsung). Sila sokong Korea.



16


#3. Alat kelengkapan menyokong Korea.
Kredit kepada saudara Abe. Inilah watak terbaru dalam Dandelinoid. Muka hensem, awek antarabangsa, pandai jolok sarang tebuan dan memakai iPhone yang sudah ada multi-tasking. Gambar diatas adalah sumber dari iPhone dia.


Abe







Ini paling sukar diterima...

#4. Dapat panggilan dari 'Ferangse'.
Ferangse adalah perempuan yang telefon aku secara rambang yang ajak aku keluar (sila rujuk entri sebelum ini). Pagi itu, selepas Korea ditabalkan menang, mula-mula SMS, lepas itu telefon pula. Dia luahkan yang dia begitu gembira yang Korea Selatan masuk ke peringkat 16.

Aku simpulkan dia sudah mabuk, kalau mabuk memang bahaya.
Tiba-tiba ajak tengok Korea Selatan lawan Uruguay dirumahnya.
Sah, dia sudah mabuk.



Aku tak mahu akhiri dengan 'Kebosanan mencipta kelainan'.
Aku mahu katakan...

MARI SOKONG KOREA.
MARI SOKONG KOREA.
MARI SOKONG KOREA.

Kalau mereka menang aku mungkin nak beli kasut sneaker yang baru, dengan potongan 30 peratus seperti yang digembar-gemburkan oleh mamat penjual di ABC Mart.

Mari sokong Korea.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...