Ahad, Ogos 01, 2010

Hubungan jarak jauh.

Kita berada di zaman teknologi.
Ada MySpace, Facebook, Twitter, Yahoo Messenger, Skype, Email.









Kaki Haikal


Aku pesan: Janganlah jadikan status yang sedia ada sebagai tarikan nak tarik perempuan. Contohnya, 'aku pelajar oversea dari Papua New Guinea'.

Kawan-kawan keliling aku pada waktu aku menulis entri ini, kebanyakannya mempunyai komitmen terhadap hubungan jarak jauh.

Nak tahu apa pandangan aku terhadap 'hubungan jarak jauh'?

#1. Bil telefon.
Tinggi ke rendah, itu terpulanglah. Nak hari-hari SMS ke, nak call ke, suka hatilah. Memang diakui kadang-kadang tu rasa bil tu tinggi. Macam kata orang yang tengah kemaruk, "Awek beb!". Kalau orang putus cinta, kata begini lak, "Jangan cari awek jauh-jauh, bil tinggi, hampas kau dapat!".

#2. Semangat terlonjak-lonjak.
Memang boleh kemaruk. Tak jumpa setahun, memang excited ah nak balik nanti. Semakin nak balik, semakin itulah kerap menghubungi. Rasa cinta itu agung kot, sebab tak jumpa selalu tapi membara je bola-bola api tu.

#4. Mengingati setiap inci minat dll.
Sebab tak selalu jumpa kan, telefon pun tak selalu. Jadi apa yang perempuan tu cakap akan diingati. Kalau jenis kaki makan kepala ikan bilis, siap tulis kat kertas lagi. Macam gini, "Suka warna putih, suka badminton, suka shopping. Tak suka memancing, tak suka ikan bakar,".

#5. Fokus pada benda yang dibuat.
Tak selalu keluar dating tiap-tiap minggu. Masa yang ada digunakan untuk aktiviti yang produktif. Keluar berkelah ke, belajar menjahit ke. Kiranya fokus betul-lah pada karier yang sedia ada. Ada je orang 24 jam menghadap komputer, webcam setiap hari, lepas itu senyum sorang-sorang. Pilih mana yang kau nak jadi.

#6. Kerap berlaku selisih faham.
Macam ini, lelaki ini pergi majlis makan-makan. Nak ambil satay tapi masa nak ambil satay daging tu ada ramai pula perempuan. Ada pula kaki DSLR yang suka ambil gambar candid. Dia ambil gambar laki ini yang tengah ambil satay sambil tersenyum dan berlatar belakangkan ramai perempuan yang cantik-cantik. Awek lelaki tengok gambar yang ditag di Facebook. Gaduh seminggu, lepas itu baik.

#7. Kuat mempercayai satu sama lain.
Ada kaitan dengan isi diatas. Sebab banyak sangat peristiwa gaduh dan baik semula. Maka, go on je orang kata. Ada yang tak tahan kecundang ditengah jalan.

#8. Murung tak tentu pasal.
Sebab cinta, tapi jauh. Macam ada telepati. Lelaki ini eksiden jatuh motor. Awek perempuan tahu. Pergi kelas/kerja, muka murung je. Tanya sebab apa, "BF I jatuh motor, rasa nak fly ke tengok BF I kat sana,". Inilah...LOVE STORY yang 'sweet', kot.

#9. Menghargai masa dan apa saja.
Sebab jarang jumpa, jumpa pun sekali setahun. Jumpa macam kertas A4 digam UHU lah.

#10. Jika mempunyai blog/FB/Twitter, penuh dengan mesej yang romantis.
Biarlah mereka, dah namanya pun couple. Kalau muak, jangan baca. Nampak sangat kau rasa cemburu tak ada BF/GF kan?








Sengal kan entri aku?

(berdasarkan kehidupan kawan-kawan yang sempat dilihat)



Kebosanan mencipta kelainan.

5 ulasan:

jijie berkata...

macam pengalaman sendiri jek..

Amar Alis berkata...

no.8 pernah jadi dekat aku.

Nadia berkata...

"sengal kan entri aku"....

xde la sengal mane pon..hihihi

no.10 ako paling suke..~!!

Nadia berkata...

"sengal kan entri aku"....

xde la sengal mane pon..hihihi

no.10 ako paling suke..~!!

Tanpa Nama berkata...

hahahhahahahha.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...