Isnin, Ogos 02, 2010

I'm acted cool, last night.

Aku baru balik dari MT Senior Junior PPMK dalam keadaan penat dan merisaukan: demam. Janji aku pergi, aku dapat satu input yang bagus untuk diri aku. Walaupun namanya Senior-Junior, dan ramai tak kenal aku (petanda bagus untuk kehidupan mendatang) janji aku dapat input yang baik untuk mencorak kehidupan aku 8 bulan yang mendatang.

Input aku dapat melalui sesi soal jawab biasanya aku sukar cernakan dalam kata-kata, juga seperti sekaranglah. Tapi aku masih ada masalah yang perlu diselesaikan dalam masa 10 hari dari sekarang.

Percaturan kehidupan 3 bulan yang mendatang.


Aku ditanya satu persatu bagaimana aku akan selesaikan masalah.
Jawapan yang aku beri adalah jawapan yang aku rasa aku memuaskan hati aku (supaya tidak berada dalam keadaan resah gelisah). Jadi aku jawab dengan nada sebegitu.

Ternyata itu bukan jawapan terbaik untuk semua orang yang mahu dengar bagaimana aku hendak selesaikan masalah itu.

Ada kenalan merapati aku dan bertanya:

"Natang, cool giler jawap gitu! Ko tak risau?"

Akhirnya aku kata dengan muka bersalah...

"Actually, aku memang tengah risau gampang. Cuma aku nak tenangkan hati aku,"
















Aku tidur awal, dan cuba bernafas pada hari yang baru.
Jangan berharap hidup ini seperti Inception, mimpi dalam mimpi.
Karang aku KICK!

Owh, yeah!
Ramai sudah pembaca yang awal-awal mengikuti blog aku kata aku tak hapdet blog.
Aku suka keadaan begini, sekurang-kurangnya aku boleh tulis sesuatu dengan citarasa jiwa kacau.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Amar Alis berkata...

jangan sebut Inception lagi.
terkilan aku.

- koroe - berkata...

"aku memang tengah risau gampang"

haha..kalaker la ayat neh..dah lame tak dengar org sebot gampang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...