Jumaat, April 02, 2010

Apabila dikejar makcik-makcik yang berlari anak.

Aku cukup sifat orangnya. Ada hidung, telinga, mata, mulut, bulu kening dan rambut. Ok, lah kan?


Aku minggu ini kena buang sampah dari lab. Jadi, aku ni ada sifat malas-malas nak berurusan dengan sampah (sebab aku pun sampah barangkali), aku rasa bila tong sampah cukup penuh, baru aku buang. Dan hari ini baru nak buang. Habis tin-tin minuman bersepah mengelilingi tong sampah. Maaf, tiada gambar.

Jadi nak tak nak kenalah membuat urusan dengan sampah. Kalau di Malaysia, buang sampah ini perkara yang mudah. Semua sumbat dalam plastik hitam lepas tu campak di mana-mana. Kebun orang, di tepi jalan atau mana-mana yang agak sedap dilihat atau mudah dikorek oleh masyarakat anjing.


Berbalik kepada sampah tadi...

Aku kenalah asing-asing kan. Mana tin, mana kertas, mana plastik. Ini je bahagian yang leceh. Nak tak nak, kau kena buat gak. Sebab aku dalam masyarakat yang menitikberatkan benda ini. Sepatutnya benda buang sampah ini boleh selesai dalam 10 saat: ikat, angkat, campak. Tapi aku ambil masa lebih dari itu: 10 MINIT.


Selepas aku masukkan setiap jenis sampah ke bahagian sepatutnya, sampah-sampah yang lebih atau dikenali sampah-sampah yang berada dalam grey-area (nak buang dalam plastik tak boleh, nak buang bahagian aluminum pun tak boleh). Sampah-sampah grey area ini kena buang ke dalam tong sampah bertulis "General Waste".

Ada sikit je sampah-sampah yang dikategorikan sebagai "General".




Selepas selesai, dari jauh, dalam sekitar 20 meter kelihatan 2 orang makcik berlari-lari anak mendapatkan aku. Aku respon dengan pandang ke belakang, mana tahu ada artis baru turun dari kereta ke apa. Tapi, tiada. Aku sudah fikir yang makcik-makcik ini hendak mendapatkan aku. Respon kedua, aku berlagak cuba bergegas dari tempat kejadian sambil membawa tong sampah putih yang besar.

Makcik tadi respon lagi pantas. Dia pegang tangan aku, dan cuba mengheret kembali ke tempat pembuangan sampah. Dia lihat, setiap bahagian-bahagian tong sampah. Macam pemeriksa kementerian alam sekitar (aku tak tahu kementerian ini melakukan pemeriksaan sebegini ke tidak).

Selepas makcik ini puas dengan cara aku mengasingkan sampah, dia cakap terima kasih sebab memudahkan kerja dia setiap hari sebagai cleaner. Dia juga selalu mengadu yang pelajar-pelajar warga asing disini main sesedap hati buang sampah.


Serius, terasa juga. Sebab aku pernah buat tapi bukan di bangunan inilah.



Aku memang respek budaya mereka terhadap sampah. Sesampah mana pun sampah itu, mereka tahu sampah-sampah mahu dikategorikan dalam citarasa tersendiri.



Adik aku masa tingkatan 3 masih lagi buat karang pasal kitar-semula sampah.

PS: Sampai bilakah pelajar kita hendak hanya bicara tentang kitar semula sampah?

Kebosanan mencipta kelainan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yup, actually we need to practice segregation at source. pastu barulah senang kalau nak dihantar ke material recovery facilities.
tapi bila agaknya kita rakyat Malaysia nak praktikkan benda sebegini ye...?

DandelinoiD berkata...

yup2
sebab lambat bermula, susah nak dimulakan...

rasa-rasa, awak boleh ubah benda ni?

Tanpa Nama berkata...

aha. soalan yang bagus. i'm taking env. science, tapi baru kebelakangan ni nak try amalkan gaya hidup yg lebih env. friendly.
hehe. bunyi mcm bagus je, ye x?

DandelinoiD berkata...

owh...ahaks..
bagus2, ni pun bkn student environment cuma duduk dikellilingi org yang jaga enviroment lak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...