Sabtu, April 03, 2010

Internet lembab ketika hari hujan.

Internet lembap ke tak, memang menjadi masalah kat sini. Sebab sini adalah negara yang mempunyai kelajuan internet yang super duper laju. Walaupun hanya yang basic, line tersebut boleh dipakai sehingga 4 orang. Keempat-empat orang tersebut boleh melayari portal-portal, Youtube, perkhidmatan email mahupun Facebook tanpa masalah.

Sudah 2 hari hujan di Ulsan.

Aku tak kisah sebab hari hujan adalah hari yang begitu tenang. Samada aku menyiapkan kerja-kerja sekolah atau menonton cerita-cerita lama. Tapi kebanyakannya aku tidur. Sebab hari hujan di sini bukan hujan 30 minit. Hujannya sampai sehari, kadang-kadang berterusan hari kedua. Tak boleh buat apa.



Kawan aku bila hujan merungut pasal internet jadi lembap (hobi dia adalah melayari YouTube, semua jenis). Jadi, bila dia cakap begitu, aku akan kata, "Hari hujan internet jadi lembap,". Ini aku tahu dari mulut Kim In Kyu Son Seng Nim (guru yang agak familiar di kalangan budak Malaysia). Disebabkan tak ada sebab munasabah dari segi saintifiknya, kenyataan aku:

HUJAN MENYEBABKAN INTERNET LEMBAP

...boleh disangkal begitu sahaja yakni boleh tak dipercayai.



Amatlah begitu obvious sekali, setiap kali hujan ada orang merungut internet jadi lembap. Aku duduk depan Mac dan Google semua maklumat tentang sistem pergerakan internet dari wayar, satelit serta pengaruh hujan. Pelbagai forum aku baca, pelbagai blog aku buka akan tetapi tak ada sebab yang boleh memuaskan aku.

2 sebab yang aku konklusikan:

1#. Hari hujan adalah masa rehat.
Hari hujan menyebabkan ramai manusia malas bergerak mungkin sebab lecah atau waktu sesuai untuk melepak depan komputer masing-masing. Bila dalam bilangan yang ramai, akan menyebabkan faktor 'PEAK HOUR'. Dimana-mana dengan kelajuan internet sedia ada tapi digunakan ramai orang. Sebab itu lembab.

Sebab ramai duduk bilik/ofis/rumah dan buka internet pada hari hujan, internet jadi lembab.


#2. Penggunaan satelit untuk pemancaran maklumat.
Aku tahu antara Jepun, Korea, China sehingga Malaysia terdapat satu wayar jalur lebar di bawah laut. Aku anggap sistem internet seluruh dunia menggunakan wayar juga. Tapi itu tidak benar. Ada sesetengah syarikat melaburkan dalam menggunakan satelit untuk pemancaran maklumat supaya lebih laju. Disebabkan hujan boleh mengganggu gelombang (telefon/TV macam Astro), maka ini boleh dijadikan sebab mengapa internet lembab ketika hujan.










Aku berkata-kata, setelah membaca puluhan forum. Kepada pelajar/genius/pekerja/surirumah yang tahu mengenai benda sebegini, aku amat-amat ingin tahu sebabnya.


PS: Aku nak poskan soalan ini ke MythBuster, Discovery Channel.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Fiffy Hazirah berkata...

aku pn rasa intenet slow hari ujan sebab gelombang yang interupt sebab ujan. especially wayerles or yang guna 3g. eh ye ker? aku rasa la. nak carik pasal tu xde plak. malas. haha

jumari jipan berkata...

menarik2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...