Khamis, April 01, 2010

Ini hari serius aku, bukan FOOL.

Aku ulang semula, ini benda yang serius.
Aku kata serius, memang serius!

(Di depan orang yang aku kenal, aku tak boleh bercakap ayat diatas dengan muka bengis. Nanti aku akan ketawa besar)



Bulan Februari lepas, aku memperbaharui status aku sebagai 'alien' disini (terima kasih Emberg). Selama sudah hampir 5 tahun disini, kiranya dah banyak aku tabur duit kerajaan disini melalui pembayaran yuran sekolah, buku-buku, makan, minum, pakaian dan permainan. Ini semua dah berjaya mengkayakan segelintir rakyat-rakyat Korea.

Oleh itu, melalui emel yang telah dibaca oleh En.Mang, dikhabarkan aku dan beberapa rakan yang lain di Ulsan ini (aku tak tanya pula yang duduk di Seoul atau bahagian lain di Korea) telah diberi percuma RE-ENTRY secara PERCUMA.

Re-entry adalah salah satu dokumen kecil yang ditembak pada passport aku mana aku boleh keluar dari negara ini untuk suatu tempoh tanpa membatalkan status visa pelajar aku. Selalunya, (padahal aku balik Malaysia hanya 2 kali dalam masa 4 tahun lebih ni) aku kena keluarkan sendiri duit untuk bayar Re-Entry ini. Hampir RM 100 juga.


Berita baiknya:

AKU DAPAT MULTIPLE RE-ENTRY (boleh keluar sebanyak mana tanpa pergi Imigresen tapi ada limit yang aku sudah lupa) DARI PEJABAT IMIGRESEN KOREA YANG SERBA PANTAS SECARA PERCUMAAAAA!!!!!!!



Persoalannya:

Untuk menjadikan hadiah dari Imigresen Korea berbaloi...

Adakah aku perlu:

1. Pulang ke Malaysia cuti musim panas ini (bermula Jun sehingga Ogos)
2. Pulang ke Malaysia cuti musim sejuk hujung tahun ini.
3. Melancong ke negara berhampiran.
4. Pulang ke Malaysia cuti musim panas ini, sekejap (hujung Julai ke Ogos)
5. Pulang ke Malaysia cuti musim panas ini (bulan Ogos sahaja)

Mana satu?


Owh, lupa. Aku pulang bukan hendak bertunang/berkahwin. Aku cuma nak makan macam-macam dan merasai semula perasaan pergi ke bazaar Ramadhan.



Aku memang serius, untuk sekarang.

Kebosanan mencipta kelainan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

balik r .. bila lg bole mkn mknn umah tyme puasa :)

Munirah Zainuddin berkata...

Balik! ;)

zeeyazain berkata...

pilihan jawapan ko banyak MALAYSIA dan OGOS.
sendiri mau ingat la.tepuk dada,tanya selera.

fauzana berkata...

kirim slm pade en.MANG.
itu kalau betullah mang yg digembur2kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...