Rabu, Mac 31, 2010

Panduan membeli kasut bola oleh Nike.

Owh, hujan diluar. Dan aku bosan. Aku jumpa kertas dari kedai Nike hari Sabtu lalu, ketika berjalan-jalan bersama Duen, Fa-je-ri dan Ghani.

Sebelum beli kasut, kenalah tahu saiz apa yang dipakai. Kaki kecil pakai saiz kecil, melainkan kau ingin jadi seperti badut di sarkas.

#1. Saiz kasut dan rupa bentuk kaki.
Saiz kasut boleh diukur sendiri atau malas sangat pergi mana-mana kedai kasut dan tanya, "Saya tak pernah tahu kaki saya saiz apa,". Juga tanya pasal bentuk kaki. Tak silap aku kaki ini ada 3 bentuk: Normal, Artificial dan satu lagi aku tak tahu apa nama dia (Google sendiri)

#2. Rupa padang / permukaan padang.
Nike telah membahagikan padang-padang di seluruh dunia kepada 4 jenis:

FG - Firm Ground, padang yang biasa dilihat dimana-mana. Padang asli, tiada batu bata atau pohon semalu yang menyakitkan. Padang ini selalu dapat dilihat di kaca televisyen yang menawarkan liga-liga luar negara atau tempatan.

HG- Hard Ground, padang pasir dan keras. Kalau jatuh kompem luka, calar-balar. Contoh terdekat bagi budak Malaysia di Korea adalah padang Anyangcheon. Padang sebegini mungkin sukar dilihat di kawasan bandar-bandar di Malaysia. Tapi boleh dijumpai di estet atau ceruk kampung. Aku pernah jumpa padang sebegini di Perkampungan Orang Asli Gapin di Tanjung Sepat, berhampiran kediaman nenek aku.

AG-Artificial Ground, padang tiruan. Padang ini adalah bersih dan lembut sekali. Rumput hijau diperbuat daripada plastik dan ada biji-biji hitam di bawah rumput plastik itu yang berfungsi sebagai penyerap hentakan. Padang ini banyak dijumpai di negara Korea. Ulsan Universiti mempunyai 2 padang besar artificial dan 1 padang futsal artificial. Donyang Mirae University pun ada.

TF-Turf Ground, macam padang hoki tu. Rumput stok pendek-pendek je.

#3. Pemilihan stud.
Dipilih berdasarkan jenis padang di atas:
FG-Biasa ada 10 hingga 15 stud dan ketinggian stud adalah dikira normal untuk cengkaman.
HG-Juga mempunyai 10 hingga 15. Bezanya ketinggian stud rendah sedikit dan lebar.
AG-Mempunyai 30 stud. Bentuk stud adalah berlubang-lubang dan ada sebab kenapa direka sebegitu.
TF-Stud terlalu pendek dan banyak. Semata-mata dan mengelakkan tergelincir sahaja.

#4. Pemilihan berdasarkan cara main.
Aku tak tahu nak huraikan macam mana. Nike ada 4 jenama atau kelas tersendiri mengenai produk kasut mereka.

Mercurial - Untuk kelajuan (SPEED). Banyak dipakai oleh pemain-pemain yang bermain di posisi sayap untuk berlari laju. Contoh: Nani, Cristiano Ronaldo, Iniesta, Arshavin, Zlatan Ibrahimovic, Robinho.

Tiempo- Untuk sentuhan (TOUCH). DIkatakan antara kasut bolasepak yang selesa. Pemain yang memakainya: Ronaldinho (sehingga ada special edition), Joe Cole, Cesc Febregas.

CTR360- Untuk kawalan (CONTROL). Adalah generasi baru kepada Tiempo. Untuk yang masih meminati produk Tiempo tapi mahukan perubahan dari segi nama. Menggunakan pemain yang banyak menyentuh bola seperti Cesc Febregas dan Iniesta.

Total 90- Untuk ketepatan (ACCURACY). Kasut bola sepak yang banyak kali menerima perubahan dari kejuruteraan kaki. Gabungan ketepatan, sentuhan dan kekuatan. Menjadi pilihan kebanyakan pemain: Gennaro Gattuso, Carles Puyol, Diego, Fabio Cannavaro, Torsten Frings, Wesley Sneijder, Wayne Rooney, Michael Essien, Rafael Márquez, Fernando Torres and Florent Malouda.

#5. Lihat poket cukup duit ke tak.
Ukur baju di badan sendiri dulu.





NIKE tak bayar aku pun pasal benda ini.



PS: Kalau kaki bangku, beli kasut bola mahal-mahal tiada gunanya juga.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...