Rabu, Mac 31, 2010

Beza orang NAK CEPAT KAYA dan orang KAYA.

Aku jumpa satu fenomena yang amat menyusahkan aku, dimana aku kena ronyok kertas setiap kali lepas habis solat Jumaat. Sebelum aku melangkah ke masjid, aku tengok kereta milik ayah aku yang aku pandu bersih sekali tanpa ada kertas di cermin depan kereta. Bila habis je imam baca doa, seperti orang lain aku pergi ke arah kereta.

Yang aku jumpa adalah kertas yang aku susunan penulisan terlalu streotype dan mengundang orang macam aku nak cakap sesuatu yang tak baik pada hari Jumaat.

Kertas itu selalulah rakyat Malaysia jumpa. Ciri-cirinya:

#1. Berkata mereka adalah dari golongan bawah/tengah yang kesempitan wang.
#2. Hanya selepas sebulan (tak akan letak setahun), mereka sudah merasai keuntungan.
#3. Menunjukkan kereta yang mereka beli dengan pinjaman (belum habis).
#4. Bergambar bersama kereta mereka dan letak bersama pamplet tadi.
#5. Bergambar bersama duit-duit.
#6. Ayat ending begini, "Kalau berminat hantar SMS ke #####"


Orang 'kaya' yang aku jumpa, mereka semua tak macam ini pun. Mereka semua ada sejarah susah nak jadi kaya, tapi tak tahu pun mereka dah kaya ke belum.

Dalam Facebook sekarang mereka jadikan medium mengajak kita masuk bawah mereka dan menjadikan mereka kaya.




Lepas ini, kalau aku tengok gambar kau dengan duit banyak-banyak, lepas itu post benda yang annoying, aku akan delete sebagai kawan, walaupun kau kawan aku.

Aku hendak jadi kaya juga, tapi ini bukan gaya aku.



Pesanan orang 'kaya'; Mudah dicari, mudah hilang.



PS: Aku betul-betul annoying dengan orang NAK CEPAT KAYA.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Fiffy Hazirah berkata...

sama la.. benci tol.. semua nak senang je kalau nak kaya.. xyah kt fb tu, kt blog pn mcm2 je dorang wat supaya nak earning banyak.. blog ntah apa2 tp nak income berjuta2.. hehhh

Unknown berkata...

kalau kaya sgt wat la iklan kat tv..
tak yah ler guna risalah murahan tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...