Khamis, Mac 04, 2010

Aku memang sukakan Google

Usaha Murni Google: Pesimis


Mula-mula aku terlibat dengan dunia yang menggunakan emel ini, aku lebih kepada Yahoo!. Sekarang aku hampir menggunakan banyak produk Google. Salah satu sebab adalah banyak produk Apple menggalakkan menggunakan Google.

#GMail

Inilah produk emel yang paling menyenangkan aku. Boleh dibuka dengan mudah walaupun sambungan internet kau lemah dan lembap. Peranti spam memang tip-top habis. Kalau kau kata dia spam, memang dia buat kerja. Lepas itu dia memang pandai-pandai sendiri set dalam kepala dia, "Ini adalah spam!". Bagus sekali untuk kaki yang suka letak merata-rata emel di mana-mana website lucah sekalipun.


#Google Reader

Produk yang kedua aku banyak sekali selepas Gmail adalah Google Reader. Biasanya untuk jenis yang suka ikut suatu website, kebanyakan dari kita sukak pakai 'bookmark'. Habis penuh di bookmarknya. Lecehnya bookmark ini adalah kena buka satu, satu. Bookmark mestilah kau buat kat komputer sendiri kan.

Disebabkan aku tak tetap berada di satu komputer sahaja (sekejap di makmal, sekejap di bilik orang, sekejap di bilik pensyarah, sekejap di perpustakaan), produk ini amat membantu. Kesemua website yang aku ikut setiap hari, boleh dibuka hanya dengan satu page sahaja. Maka, tak perlu menggunakan fungsi 'Add Tab'. Mudah dan ringkas. Cepat pula buka bahan kandungan yang hendak dibaca. Lagi satu, TIADA IKLAN yang memberatkan internet.

Blog-blog korang yang aku ikut aku baca guna ini. Sebab itu malas nak letak komen. Maaf.

#Blogger

Alahai, aku memang nak pakai Wordpress. Tapi sebabkan Blogger ini boleh terpaut sekali dengan GMail dan Google Reader, maka aku lebih menyukai Blogger buat masa sekarang.

Komen-komen yang telah diletakkan dalam blog akan disampaikan melalui GMail, dan blog korang termasuk dalam Blogger juga. Juga secara automatik akan dipaparkan melalui Google Reader.

#Google Doc

Ini jarang digunakan tapi memang amat berguna. Disebabkan kekadang terlupa bawa pen-drive untuk menyedut data-data programming mahupun nota-nota slideshow, aku upload semua ke dalam Google Doc. Maka dengan itu, tak memerlukan apa-apa drive. Untuk tempoh sekarang, banyak jalan kerja Advanced Mathematic for Engineering ada dalam Google Doc aku.

#Google Wave

Produk yang agak baru. Lebih kool dari Facebook. Tapi jumlah manusia yang degil untuk menggunakan Wv masih banyak. Tunggu bila sudah ramai. Baru seronok. Ianya lebih kepada fungsi chat secara 'live'.

#Youtube

Hari-hari, berjuta-juta orang pakai benda alah ni. Takkan tak tahu apa kebaikan dia. Jangan melalaikan kau sudah.





...dan banyak lagi.


Disebabkan Google, aku dah kurang menggunakan internet. Terutama Google Reader. Selalu aku surf segala website yang selalu pergi, ambil masa 3 jam gitu. Tapi sekarang hanya 40 min.

Masa selebihnya, boleh buat macam-macam.



Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

ainonymous berkata...

woowww!! same goes to me :D

DandelinoiD berkata...

go go go go google!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...