Jumaat, Mac 05, 2010

[Bosan Lampau 11] Filem seni yang...seni.

Ini senarai filem yang berunsurkan kesenian, tolak tepi apa makna mainstream.


#500 Days of Summer [ 4 setengah lebih]
Mula-mula aku macam nak tak nak je tengok. Sebab aku tengok ada kawan perempuan sebaya mencarut pasal cerita ini. Dan filem ini juga menjadi buah mulut para-para perempuan dengan mengatakan heroin dalam filem ini begitu 'bitch' habis. Aku tengok Mr. F menonton dengan khusyuk, dan Mr. Abg (ramai tak sangka orangnya ini tengok filem sebegini) juga mengatakan filem ini terlalu simple dan seni. Ini juga telah menjadi filem yang sedap dilayan seorang diri, sebab terlalu...seni?


#Bakjwi (Thirst) [ 4 bintang sebab aksi lucah banyak sangat]
Pertama kali aku nak cakap, aku dicop 3 kali (satu dari son-seng nim aku, dan 2 dari budak lab aku), dicop aku adalah seorang yang terlalu pervert. Aku memang tahu filem ini mengandungi aksi mencucuk bahagian celah kangkang. Cukup. Tak boleh cerita lebih lanjut. Kalau benci Twilight yang melambangkan vampire adalah golongan kacak-kacak, ini adalah filemnya. Kisah kehidupan vampire yang bermain judi setiap hujung minggu.


#New York I Love You [ antara 3.75 dan 4, sebab ada bahagian berat nak faham]
Cerita mudah. Pasal kehidupan di kota metropolitan NY. Barisan aktor dan aktres yang kesemuanya dikenali ramai (himpunan pelakon-pelakon popular dalam satu filem). Dan juga diarahkan oleh 10 direktor yang mengancam. Filem ini dapat kritik tak seberapa sangat dalam Rotten Tomatoes tapi, OK lah.


#The Hurt Locker [kalau boleh nak bagi lebih dari 5 bintang]
Aku tak sangka filem begini boleh masuk Oskar dan mendapat pencalonan yang banyak. Isunya berat, tapi ayat mamat tu kepada anaknya memang membuatkan aku berkata, "Aku banyak benda tak suka rupanya!". Terima kasih kepada Sham (www.sham86.tmblr.com) yang berjaya memperdayakan aku supaya menonton filem ini.

#The Boy in The Striped Pyjamas [nak bagi 2, tapi tak ada bodoh sangat. 3 bintang!]
Erm. Walaupun falsafah Holocaust sudah lama berlalu, dunia masih lagi rasa bersalah terhadap Yahudi. Filem ini perlu dititikberatkan kenapa filem ini dipertaruhkan di pawagam-pawagam ketika itu.



PS: Kenapa tiba-tiba aku ada banyak masa lak tengok filem memandangkan aku perlu memenuhi syarat penaja?

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...