Rabu, Mac 03, 2010

Ini rahsia seorang lelaki belasan tahun.

Pergh. Sebab kau sudah deklarasikan bahawa kau pembaca setia blog Dandelinoid ini, aku tanpa segan silu menggunakan nama kau. Ini pun sebab kau nak aku buat tag ini: Roda Dan Kona.

>>Rules<<
Once you've been tagged, you are supposed to write a note with
23 random things, facts, habits, or goals about you.
At the end, choose 5 people to be tag!!
Got it? Yep. Let's do it bebeh!




Ok, anggap ini hadiah dari aku kepada pembaca setia seperti kau.

#1. Nama aku ramai dah tahu. Tapi, masa aku berumur 4 hingga 6, aku pernah ada nama timangan Sarip/Shariff. Tak tahu sebab apa, nenek aku kata nama nak bagi aku tak degil. Ketahuilah, bapa aku peminat Ramli Sarip.

#2. Aku amat sentimental dalam banyak perkara. Seperti tegar untuk menukar handphone baru walaupun hantar SMS dah payah sebab button dah rosak (kena cucuk guna lidi). Banyak benda orang bagi sebagai hadiah aku simpan. Ketahui, sebab aku orang yang jarang memberi dan menerima hadiah.

#3. Memiliki impian hendak melakuka bungee jumping setelah melihat rancangan TV yang meyakinkan bahawa bungee jumping adalah selamat. Ketahui, bahawa ajal maut di tangan siapa?

#4. Hanya beberapa perempuan yang mendapat tempat dalam hati aku. Kesemuanya bukan dari jenis mempunyai potensi menjadi model. Ketahui, aku bukan seorang yang hensem.

#5. Banyak kali mendapat gelaran pelajar rajin, pelajar contoh, pelajar dedikasi. Sekolah rendah dan menengah. Tapi aku tak pernah kantoi lompat pagar sekolah dan hisap rokok dalam bilik. Ketahui, aku pandai simpan rahsia.

#6. CD lucah zaman aku kat sekolah agama memang jadi barang hot. Jadi kalau bawa ke dalam kawasan sekolah, dendanya memang me-aibkan, itu belum lagi di alam selepasnya. Aku pernah bawa 4 keping CD lucah kepunyaan kawan aku, sebab tersalah bawa beg kawan aku yang kaki porn. (Ehem) Salah satu CD telah patah 2 selepas jatuh dari tingkat 3, dan salah seorang yang tahu pasal kejadian itu adalah seorang pengawas. Ketahui, CD tersebut aku tak sempat tengok.

#7. Aku memang sukakan muzik. Tapi kebanyakan artis aku minat adalah lelaki, contoh yang terdekat adalah Faizal Tahir. Kalau di sini, aku minat Nell bukan Wonder Girl, Kara dan yang cantik-cantik dibuat-buat. Aku juga sukakan lagu dari Adam Lambert. Ketahui, aku bukan gay orangnya.

#8. Aku pernah mencuri duit bapa aku. Itu sebab aku nak beli kereta Dash Yankuro. Aku ambil not RM 10, sebab kereta aku beli jenama Auldrey (murah ye). Masa raya, aku pulangkan RM 10 masukkan semula ke dalam dompet bapa aku. Yang tahu, hanyalah mak aku. Pedih, kena marah. Ketahui, mencuri itu berdosa.

#9. Aku punyai adik perempuan, dan masa kecil aku banyak habiskan masa dengan dia. Masa kami berdua duduk kampung, main kat area ladang kopi adalah biasa. Satu hari, adik aku masuk parit yang ada air, tapi tidak lemas. Aku duduk di tepi tebing sambil nyanyi, "Nenek sudah tua, giginya tinggal 2". Aku kena marah dengan nenek aku. Ketahui, masa kecil aku sudah melalui kehidupan main cacing.

#10. Aku pernah ada baju yang mempunyai logo "MARIJUANA". Aku pakai ketika berjalan-jalan di Gold Coast, Australia. Sebabkan baju itu, ada mamat Aussie tarik aku ke tepi jalan dan tanya aku samada aku adalah 'dealer'. Aku tak tahu, dan ketika aku ditawarkan untuk rasa marijuana. Ketahui, marijuana memang membuatkan kau tak betul.

#11. Aku memang suka tengok TV. Atas sebab itu, aku sukakan filem. Masa Titanic meletup gila-tak-hengat dunia, aku suruh bapa aku belikan CD Titanic. Tapi aku ditegah atas sebab tak pasti. Bila dah akil baligh, aku tengok Titanic lebih 3 kali dalam masa seminggu. Ketahui, tak ada apa best pun dengan badan Kate Winslet yang bogel itu.

#12. Aku memang bengap dalam belajar bahasa, tak kisah Arab, English mahupun Korea. Aku tak pernah dapat A sejak dari sekolah rendah sampai menengah dalam apa-apa ujian atau peperiksaan KECUALI ketika percubaan SPM. Rasa nak menangis dapat A untuk sekian kali pertamanya. Tapi, SPM aku dapat B. Ketahui, kalau berusaha kita boleh berjaya.

#13. Kali pertama aku makan sambal belacan adalah ketika tadika. Aku makan dengan bubur kacang hijau. Masa itu aku ingat, sambal belacan manis rasanya. Rupanya bila makan sambal belacan yang betul-betul, pedas. Ketahui, aku tak hairan dengan masakan pedas langsung, setakat ini.

#14. Aku berjalan kaki memang agak laju. Ini mungkin aku sudah adaptasi dengan budaya disini. Dan bila aku berjalan dengan orang-orang di Malaysia, aku terasa hati aku resah sebab aku rasa nak jalan laju. Ketahui, aku dah 4 tahun kat negara orang.

#15. Walaupun aku setiap hari boleh menatap gadis Korea, tapi dalam sudut hati aku aku masih katakan, gadis Melayu masih menawan. Aku tak tahu kenapa. Ketahui, aku orang Melayu dan berasal dari Malaysia.

#16. Walaupun aku dicop pervert (kalau buat pemerhatian pasal penulisan di blog), aku tak pernah sentuh tangan perempuan dengan sengaja. Aku juga kurang gemar berada dalam satu tempat sunyi dengan seorang perempuan. Memang itu peluang. Ketahui, pegang babi berlumpur lagi baik dari pegang perempuan yang bukan muhrim (cuba sesiapa cek, aku rasa ini hadis)

#17. Aku memang mempunyai masalah dengan membawa kenderaan yang mempunyai clutch. Aku kerapkali di perli oleh bapa aku sendiri, bahawa lelaki yang betul-betul lelaki boleh bawa clutch. Sehubungan itu, aku bawa kereta bapa aku secara senyap-senyap (kereta clutch) untuk membuktikan aku boleh bawa kereta clutch. Tapi, aku hampir langgar pokok kelapa. Ketahui, aku akan beli kereta manual transmission juga.

#18. Aku boleh sahaja masuk PKBM, Polis, Bomba yang mempunyai seragam yang macho belaka. Tapi, aku masuk PBSM (JANGAN GELAK) atas sebab malas nak aktif sebab nak fokus pada SPM. Tapi celaka sungguh, sebab aku dilantik ketua komandan. Ketahui, sebab PBSM banyak lelaki lembut aku kenal.

#19. Aku tahu kat sekolah ada golongan yang sukakan peranan adik dan abang angkat. Aku tiba-tiba jadi adik angkat kepada seorang abang tingkatan 4 (masa itu aku tingkatan 1). Dia kerap belanja aku makan burger. Aku jadi pelik bila satu malam ada tangan peluk aku ketika tidur dan orang itu adalah... (Geli). Ketahui, bahawa aku diambil jadi adik angkat dia sebab muka aku comel...ketika itu.

#20. Aku mempunyai penyakit lelah yang membuatkan hidung aku cepat berair di waktu pagi dan cepat penat. Terima kasih kepada kawan aku yang tawarkan rokok ketika itu sehingga agak payah nak berhenti merokok. Sejak dari itu, aku aktif walaupun aku perokok. Tapi, hidup lebih sihat dan bermakna bila tidak merokok. Ketahui, jangan sesekali cuba untuk hisap rokok kalau tiada kekuatan untuk berhenti.

#21. Aku pernah gaduh dengan ramai budak masa sekolah menengah. Semuanya berpunca dari basikal mak aku ke kedai (basikal aku rosak ketika itu). Basikal itu mempunyai stereng basikal yang panjang menyebabkan budak-budak yang racing balik sekolah terlanggar stereng basikal mak aku, dan jatuh ke semak berlumpur. Gaduh dan baju aku berlumpur teruk. Balik aku tipu mak aku cakap, aku jatuh dari basikal masuk dalam semak. Ketahui, aku banyak menipu untuk tidak merisaukan orang tersayang.

#22. Aku amat sayangkan buku, lagi-lagi kalau buku itu kalau aku beli dengan duit aku kumpul dan baca banyak kali. Aku pernah merajuk tak keluar bilik sehari selepas tahu bahawa buku aku bertajuk "Usaha Belum Berakhir" karangan entah-siapa. Buku itu adalah inspirasi aku hingga ketahap ini (buku itu pasal seorang anak lelaki sulung yang mahu tunjukkan ilmu dan usaha boleh ubah masa depan). Ketahui, aku suka lepak dalam kedai buku walaupun tidak membeli.

#23. Aku dapat tawaran masuk Universiti Teknologi Malaysia sebelum keputusan SPM ditawarkan lagi. Aku tahu-tahu je, famili aku buat makan-makan besar jemput ramai orang. Kat majlis itu aku umumkan yang aku tolak tawaran itu, sebabnya aku masih rahsiakan sampai sekarang. Memang aku kelihatan kool ketika itu, tapi telah menyebabkan orang penting dalam hidup aku, mak aku menangis teresak-esak. Ketahui, jagalah hati kedua orang kamu.




Sudah cukup 23, kan?

Kalau baca semula, ada berapa cerita yang patut dikategorikan 'rahsia'.

Dan ketahuilah, aku orang yang berahsia, sebab rahsia aku berkawan dengan kebanyakan orang, sebab rahsia aku jadi orang yang boleh dipercayai.

Aku tak akan tag orang lain, sebab aku yakin kau orang yang tak membuang masa menulis sejarah silam sendiri.


Kebosanan mencipta kelainan.

5 ulasan:

iezat n hobbes berkata...

wei kat muar dulu ada pbsm ke?
time aku tak de pun.

daLYaLaMHa berkata...

whopp! byk gile adib pecah rahsia.
hehe.nway, thanks sbb jawab tag! :)

Kfid berkata...

shemit. kes 19 sme ngn ak. zmn tak tau pape. arghhh

ainonymous berkata...

saya seronok membaca.. :)
u dulu sekolah sains muar ke?or mrsm muar?

DandelinoiD berkata...

ainonymous: rasa-rasa,?

kfid: cari sejarah kau semula!

dalyamha: jangan tag aku lagi. plix plox

iezat: tak ada lagi bagus...bukan ramai minat pun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...