Selasa, Mac 02, 2010

Pasaran gelap, bukan pasar tani.

Sumber: Wikipedia - Bugsy Siegel

Pasar tani aku tak tahu masih ada ke tidak. Aku tahu pasar tani adalah anjuran satu kementerian pertanian(?). Biasanya penjual akan menggunakan payung hijau. Bukan warna hitam. Tapi ada juga meletakkan payung warna-warni pelangi. Untuk menambah ruang berteduh dibawahnya.


Aku baru habis menonton drama yang memang ####. Tapi drama ni menyimpulkan tentang aktiviti kongsi gelap yang mengawal pasaran gelap. Dan mereka menggunakan duit ini untuk membangunkan kawasan sekitar.



Gengster, kumpulan kongsi gelap. Mereka ini jangan dilupakan walaupun ada yang bermuka bengis. Aku tak tahu bagaimana modus operandi mereka. Cuma kehadiran mereka bukan omongan kosong untuk ditakutkan kepada budak sekolah dari membeli aiskrim batang 20 sen. Mereka ada. Masakan banyak cerita-cerita tentang mereka. Pokok tidak bergoyang kalau tiada angin.

Hong Kong adalah salah satu bandaraya yang menerima pengaruh kongsi gelap. Lihatlah bagaimana keadaan Hong Kong ketika ini.

New York juga begitu. Cuma sejarah kongsi gelap telah berlalu hampir seabad. Itu yang dapat dilihat.

Negara Italy. Lihatlah sejarah kongsi gelap mereka. Bagaikan suatu yang masyhur. Diabadikan dalam filem. Mereka bertindak bukan hanya di Italy tapi mula bergerak ke serata dunia dimana ada imigrasi orang Italy. Mereka juga menerapkan prinsip kekeluargaan walaupun dalam falsafah mafia mereka.

Las Vegas jangan ceritalah. Banyak info boleh dapat kalau rajin membaca dan men-Google sendiri. Contohnya, Bugsy Siegel.




Soalannya, adakah kita memerlukan mafia/kumpulan kongsi gelap?

Aku tak tahu. Samada perlu ke tidak.

Jangan lupa. Mereka wujud akibat dari penyelewengan sistem politik yang sedia ada.





Lihat sistem politik kita sekarang...






Aku pernah masuk seminar pencegahan jenayah anjuran siapa entah. Penyampainya, mak ai. Begitu garang. Cerita pasal kewujudan 27 kumpulan mafia yang muncul di sekitar Klang. Aku tahu memang ada, tapi tak tahu bilangannya adalah 27 (ketika itulah).

Aku tak boleh lupa, dia menggunakan cerita mengenai mafia untuk menakutkan budak-budak yang kaki 'terbang' (fly).



PS: Filem feveret aku adalah The Godfather.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...