Sabtu, Februari 27, 2010

[Bosan Lampau 10] Lama-lama itu klasik, tapi bukannya filem klasik.

Sempena sukan Olimpik Ais yang hangat berlangsung, aku mulakan dengan cerita negara yang sentiasa mendapat matahari sepanjang tahun.


# Cool Running [ 4 setengah bintang]
Filem mengisahkan atlet pecut yang masuk acara kelayakan Olimpik bagi negara Jamaica, tapi tak layak. Dengan semangat yang besar yang menggila, tak pernah pergi negara salji mereka belajar sukan Olimpik ais. Filem ini penuh dengan dialog yang superb-lawak-gila. Jalan cerita ringkas je. Lawak yang menggunakan fizikal pun tak ada sebodoh mana pun.


#The Classic [ 5 bintang tambah bunga disekeliling]
Ramai dah tahu cerita ini. Filem melo yang perlahan-lahan mencucuk sanubari. Pengakhiran yang begitu sweet sekali. Macam mana nak cakap. Ini adalah filem feveret sepanjang masa (bukan kategori all-time, tapi filem Korea yang patut ditengok).


#A Moment To Remember [ 4 bintang, 1 bintang buang sebab lama sangat]
Aku dah pernah cakap pada entri yang lepas. Walaupun tajuknya ala-ala Walk to Remember tapi bukan seperti itu. Tahu filem The Notebook? Filem Notebook dikatakan berinspirasikan filem Korea yang sedih menggila. Filem ini jalan ceritanya agak panjang. Dari zaman bercinta (lama gila), zaman bahagia sebagai pasangan suami isteri (pun lama gila) dan kehidupan apabila isteri mendapat penyakit Alzheimer.

#My Girl And I [ 2 bintang]
Pelakon lelaki adalah pelakon dalam filem My Sassy Girl. Filem ini cerita cinta biasa saja. Tengok separuh aku rasa korang dah boleh agak macam mana pengakhirannya. Layan sebab ada orang upload di YouTube.

#Singles [ 3 bintang]
Cerita pasal 2 perempuan yang bujang dan seorang lelaki yang bujang. Selalu cerita kenapa perempuan begitu begini, dan kenapa lelaki begitu begini. Jalan cerita amatlah perlahan. Disebab cerita perjalanan 3 orang, dari 3 itu ada satu cerita je aku suka. Cerita pasal perempuan tu nak cari apa makna lelaki yang sebenar. Akhir sekali, mereka tolak kehidupan kapel dan menikmati setiap detik hidup bujang.



PS: Starbucks memang tak sedap, aku suka kopi tapi bukan Starbucks ye.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

shiitake berkata...

starbucks korea mmg lain macam sket..dh try yg kt msia? best gak..

tapi skrg dah x bley minom..isk..cari oldtown nye kopi ke, 2 in 1 aik cheong ke 2 in 1 kopi hang tuah ke..kaww..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...