Selasa, Januari 26, 2010

Seluar dalam Superman

Gersang dan Desperate.

Sama kan?


I'm Not Alone


Selalunya bila orang tanya aku,

"Kau ada awek?"

Aku jawab tiada. Orang tak percaya. Sebab aku baik sangat kot kat perempuan. Mereka boleh fikir aku adalah playboy.

Alik-alik, ada orang kata aku adalah orang yang tak pernah bercinta.



Owh, terima kasih. Aku suka kau sebab berkata begitu. Ada gak orang cakap lain dari orang lain.



Sekarang adalah zaman dimana orang sibuk tentang apa orang kata tentang diri kita. Sebab itu wujud istilah 'first impression'. 'Bad', 'bad' lah selama-lamanya. Owh, aku cilok dari kata-kata Hisham a.k.a senior akhir tahun. Memang betul. Sekarang kita takut apabila orang berkata buruk tentang diri kita. Akhirnya kita cuba untuk menjadi bukan diri kita sendiri.

Memakai pakaian yang berjenama, kononnya nak setaraf. Tapi pakai selipar Jepun.
"Eh, mamat tu pakai baju belon tengah-tengah panas lah!"
"Minah tu giler ke pakai skaf kat leher tengahari ni?"

Hadapilah, kita berada di zaman yang tiada tempat untuk menjadi diri kita sebenarnya.


Aku nak jadi Superman, nak pakai seluar dalam kat luar. Sebab aku bosan pakai seluar dalam kat dalam. Aku berniat, korang dah kata aku giler.

Tengok, kau kata aku tak betul.



PS: Seluar dalam pakai kat luar masih disebut seluar 'dalam' lagi ke? Ke seluar 'luar'?

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

jijie berkata...

yep.. betul3...
zaman di mana orang lain menuduh jadi peniru mahu pun poser... walhal gaya tersebut telah digayakan oleh berjuta2 orang di luar sana...
ceh~

DandelinoiD berkata...

adakah kamu fashion follower?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...