Khamis, Disember 10, 2009

Terbang tanpa sayap.

Kisahnya, kalau aku dibagi sayap, aku mahu terbang serata dunia, pelusuk dunia.

Aku mahu jadi burung, boleh terbang bebas. Konon. Pernah dengar kes burung kena langgar dengan A380?

Aku pernah mempunyai episod terbang-terbang bersama rakan-rakan sebaya. Aku tak payah nak beli sayap ataupun motor yang dilengkapi kipas besar pun. Aku juga tidak perlu memakai seluar dalam merah dan baju dilengkapi tulisan S. Aku boleh terbang juga, tanpa kalkulasi fizik dan matematik.

Flying Without Wing
Mereka melompat, ok. Bukan terbang.


Nama projek terbang-terbang ini berlaku di suatu petang, dikala lagi sejam perlawanan bolasepak antara Brazil dan England, Piala Dunia 2002...

"Kau nak tengok kat dewan makan ke, ke kedai abang Joe?" sapa kawan aku. Ketika aku sedang memakai seluar pendek, tangan aku rancak membasuh baju sekolah. Tak ada mesin basuh.

"Jauh lah warung abang Joe. Kau kira kompem nak pergi ke ni?" aku jawab dan tanya.
"Jomlah. Duk dewan makan, tengok sambil makan bubur. Warung abang Joe leh layan teh tarik ngan roti canai," kawan aku memaksa aku dengan bersungguh-sungguh.
"Ok. Tunggu aku siap basuh," aku mengalah dengan ajakan kawan aku.

Kalau nak keluar dari asrama kena pakai pakaian asrama atau sekolah. Kena bawak kad matrik, kena sain kat report keluar masuk pelajar. Leceh.

Masa aku nak naik ke bilik, aku dengar kawan aku berlari ke arah aku sambil mencarut. Carutan itu jarang didengar, sebab kawan aku ni memang ada salur-paur darah Jawa. Aku pun tak faham carutan itu.

"Apahal?" aku yang mula bertanya pula.
"Cikgu Razak keluarkan notis tak leh outing petang ini!" balas kawan aku dengan nada letih berlari anak-anak.

Demit. Memang aku akan terlepas tengok perlawanan bola sepak itu sambil makan roti canai. Demit 3X.

Kawan aku bagi idea.

"Macam ni. Kau tahu bangunan budak tingkatan 2? Hari itu Apis lompat kat tembok tu. Agak tinggi gak la. Kalau ko nak gi gak, aku tak kisah," sekali lagi, kawan aku cucuk aku dengan suara-suara jahat.

"Owh!"

Bagi aku itu idea baik, tapi memikirkan rotan Cikgu Razak, aku diam. Pernah kawan aku bawa majalah lucah ke asrama, baru kena sekali libas dah pengsan. Gila.

Fikir-fikir. Aku bukan bawa majalah lucah pun. Niat baik nak tengok bola. Bola.




Setelah kaber (cover) line dengan begitu baik, dengan bantuan meja sekolah aku dan kawan aku melompat tembok batu itu. Akhirnya, kami dapat tengok bola kat warung abang Joe. Roti canai dan teh tarik. England kalah, 2-1. Masa itu, waktu paling aku tak boleh lupa adalah apabila Micheal Owen berlari-lari dengan bola ke arah gol. Terkapai-kapai penjaga gol Brazil. Tahun itu juga, Brazil ditabalkan juara Piala Dunia 2002.

Setiap kali ada perlawanan bola sepak, kawan aku cakap kat aku:

"Wei, hari ini nak FLY?"
"Jom, pukul 4!"
"Ok, FLYING WITHOUT WING!!!"

Ketika berlangsungnya Piala Dunia 2002, banyak kali aktiviti terbang tanpa sayap (FLYING WITHOUT WINGS). Setiap kali, lepas berjaya melompat tembok batu, kami akan nyanyi...

...You'll find it in the deepest friendship
The kind you cherish all your life
And when you know how much that means
You've found that special thing
You're flying without wings...

Ya, kami sudah terbang bersama-sama. Apa yang penting semangat kami bersama-sama menanggung kesalahan selepas itu. Aku kena ketuk ketampi 500 kali. Kantoi masa perlawanan final Piala Dunia: German VS Brazil.



Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Owh memang terkenang zaman fly untuk beli nasi kat seberang sekolah. :)
Tahun depan fly la ke afrika pula.

Judiene berkata...

zaman sekolah dulu, mmg sinonim la dgn aktiviti fly neh
aku pn pernah fly gak sbb tak dpt naik bus, tgk pancaragam polis kt stadium
so, masa nak balik tu, cpt2 ktowg balik asrama, dgn harapan bas sekolah tak sampai ag
ahahahaha!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...