Sabtu, Disember 12, 2009

3 kerusi dan sepotong kek cheese.

Kalau duit berkepuk-kepuk, tapi jadi orang kedekut payah beb.

Duit tak boleh selit-selit kat dalam kain kapan pun. Tapi kenapa ada orang yang sebegitu?

3 Chairs.


Aku banyak kali menjadi manusia yang menghampakan orang lain, terutama dari segi janji. Mungkin. Sebab itu, aku memang beria-ia nak mencipta mesin merentas masa menggunakan kereta. Seperti dalam filem Back to The Future. Kereta berekzos besar gila gabak, letak tarikh dan masa nak pergi, pecut dengan menekan pedal minyak.

Itu semua adalah khayalan setinggi langit. Tidak, itu karut. Walaupun si bijak Einstein mengatakan 'merentas masa adalah mungkin, itu dengan mempunyai kelajuan yang semaksimum mungkin. Kelajuan merentas masa'. Sampai bila, ia tak akan berlaku dan tidak akan terciptanya mesin merentas masa. Sebab, orang macam aku atau sesiapa yang telah buat silap, ingin kembali kepada masa lalu dan cuba membetulkan apa yang berlaku. Pasti mesin itu menjadi barangan yang se-sangat popular mengalahkan jualan iPod.

Orang ramai bercerita tentang 2012, jangkaan dari Puak Mayan di Mexico (betulkah?) bahawa dunia ini akan kiamat seperti dalam gambaran oleh pengarah filem itu. Aku belum tengok lagi pun. Cuma trailer beberapa minit di layaran YouTube. Filem ini telah mencipta fenomena 'ketakutan'.

Jangkaan aku, ketika menjelang detiknya 2012, pasti akan ada golongan gelabah-gelabah mencari pusat perlindungan. Paling kerek pun, gua, atas gunung, tidak pun membeli pengangkutan belon udara. Selepas itu, kecoh dimana-mana rangkaian sosial: 2012, kita akan mati!. Gila. Pengaruh filem. Kalau mesin merentas tercipta, ramai yang berpusu-pusu kembali ke 50 tahun sebelum 2012. Tak nak mati, katanya.

Apa-apa pun, itu hanyalah pandangan orang Barat dan Puak Mayan. Jangan terlalu taksub sudah!

Semua kesilapan bukannya perlu dibetulkan di masa lampau pun. Kadang-kadang, kesilapan lama perlu diperbaiki di waktu sekarang. Masa ini, di saat ini.

Tapi...kalau ada mesin merentas masa, memang aku mahu kembali juga. Untuk menghalang aku terjerumus dari memiliki blog ini.

Apa yang aku mahu sekarang, duduk di atas kerusi empuk dimana-mana rumah kopi, menghirup di kala suasana sejuk bertemankan rakan-rakan sambil makan kek. Ataupun, roti canai dan nescafe pekat. Kuah kari kambing, yer!

Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

ainonymous berkata...

saya suka baca entry2 kamu.. :)

Judiene berkata...

sedapnye kari kambing..huhu

DandelinoiD berkata...

aina: tengs~!

judiene: lama beb x kena~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...