Isnin, Disember 07, 2009

Situasi 'boyfren-girlfren' yang kena dielakkan.

Bukan untuk yang bercintan, tapi untuk orang yang belum bercintan dan terjumpa orang yang bercintan.



Plug

Ditekan mati, ditekan semula hidup.



Malam itu, aku terasa nak mandi tiba-tiba. Mandi air panas. Lepas itu, aku rasa nak korek telinga. Itu rutin kebiasaan aku. Lepas mandi kalau korek telinga lagi 'feeling'. Tak tahu kenapa. Sebab dah biasa barangkali. Aku buka laci dimana ada stok-stok 'cotton buds' tersimpan. Malangnya, tiada isi langsung. Mahu tidak mahu kena pergi bilik bawah: bilik kawan aku.

Sebenarnya ada je 'cotton buds' dalam bilik ni, tapi jenis plastik. Aku suka yang jenis kayu ye. Keras dan mudah dikawal pergerakannya.

Aku masuk ke dalam bilik tersebut, kesemua sibuk menumpu pada monitor komputer. Lepas itu aku cakap kuat-kuat:

"Nak 2 cotton buds!". Respon-nya aku sudah biasa dengar, "Amiklah!". Sebenarnya tak perlu berkata-kata, tapi nak nampak lebih hormat sikit, kenalah minta izin dulu sebelum ambil. Bukankah itu lebih baik?

Aku dah dapat 2 cotton buds, aku berdiri di depan meja kosong yang ada disitu. Aku agak terkejut, biasanya dikala waktu meniti malam, kawan aku seorang ni tak ada dalam bilik. Selalu lepak bilik kajian. Sebabkan aku agak lama tak jumpa dia, maka aku cubalah bertanyakan khabar.

Aku tengok dia tengah duduk atas katil memandang sesuatu, tapi tak tahu apa dia.

"Oit, lama tak jumpa!". Tanya aku sambil tangan aku ligat mengorek-ngorek telinga. Dan juga riak muka yang berkerut-kerut kegelian dan sedap. Barangkali kalau dirakamkan riak muka, agaklah selebet lampau.

"A'ah. Lama tak jumpa..." sahut kawan aku.
"Erm...bz?" Aku masih korek telinga.
"Projek dow, duduk lab"
"Projek apa?"
"Aku pegang kunci lab sekarang,"
"Ok?"
"Tapi budak master tidur kat dalam,"
"Erm," aku cuba merangkap perbualan walaupun dalam telinga ada 'cotton buds'.
"Tak boleh study,"
"Owh..."
"Nanti aku tanya kau,"
"Pasal apa?". Aku dah pelik dengan perbualan ini.
"Kau power, aku tanya pasal Fluid Dynamic,"

Aku dah habis korek kedua-dua telinga menggunakan hanya satu 'cotton buds'. Aku buang dalam tong sampah. Lepas itu, aku berdiri tengok muka kawan aku ni. Tangan kiri aku masuk dalam kocek seluar, sebelah lagi akan bergerak sambil mulut aku akan bercakap benda yang panjang.

"OK!. First, kau cakap kau BZ. And then, kau cakap kau projek. Tapi aku tak tahu projek apa. Fine. Lepas itu kau kata, kau pegang kunci lab. Apa kaitan antara kunci lab dan projek kau? Lepas itu kau kata, ada budak master tidur dalam lab. Sebab itu kau tak boleh study? So? Lepas itu kau nak tanya aku pasal Fluid Dynamic. Bab mana? Dan kenapa?"

Memang gaya aku agak marah, bukan? Tapi, aku memang tak faham apa yang diperkatakan walaupun kami bertutur dalam bahasa Melayu, tiada loghat Kelantan, Utara, Sarawak mahupun Jawa.

"Err, err...sorry, sorry. Sebenarnya tak ada kaitan pun. Aku tengah chatting dengan awek aku. Sorry wei,"





Sebenarnya, aku yang patut minta maaf. Bukan dia. Aku pun tak tahu apa dia buat atas katil. Sekarang baru aku tahu. Lepas itu aku rasa bersalah cakap dia agak melalut ketika itu.

Sambil aku tepuk dahi, aku keluar dari situ.

"Sorry wei," kawan aku minta maaf sekali lagi.
"Nope, man is always a man,". Mungkin aku agak kool berkata sebegitu.

Aku memang tahu lelaki tiada multi-tasking function dalam otak. Sebab itu, kalau lelaki berchatting sambil tersenyum depan komputer janganlah diajak berborak. Agak silap, aku tegur dia tak pasal-pasal (tapi aku memang tak tahu dia buat apa). Mungkin ketika aku menegur dia tengah betul-betul konsentret kat awek dia. Nak jadi 'good listener'. Sebab itu dia merapu bukan-bukan.

Aku tutup pintu bilik kawan aku.

Lupa. Aku ada satu lagi 'cotton buds' belum digunakan. Aku guna untuk sesi kedua, untuk lebih bersih lagi.

PS: Sedap betul korek telinga lepas mandi.

Kebosanan mencipta kelainan.

6 ulasan:

jumari jipan berkata...

ha, ha, ha. aku suka la ini anak :) aku penah mengalami situasi ni. tp x suke plak korek teelinga lepas mandi. ~

Last, ada kata pujangga sikit=
Love is not about finding the perfect person, it's about learning to see an imperfect person perfectly.

cewah

Abu Abdullah berkata...

sama jugak kalo ade member tgh main game..kalau boleh jgn diajak berborak sbb nnt xdpt cncentrate pny pasal, bolos satu gol (PES)or mati kene gb (Dota). haha

George M. berkata...

haha..
ko mmg suke detailkan perkara ordinary seorang lelaki.
i like.
i like.
(ak mksudkan both, korek telinga dan pasal single-tasking tuh.;p)

wani berkata...

ooo..
yang aku tahu, kalau laki tengah buat keje ke, baca surat khabar ke, tengok bola ke, kompem jangan diajak borak..

ko sebenarnya nak cerita pasal enaknya-guna-cutton bud-lepas-mandi atau nak cerita pasal lelaki-jangan-ditegur-kalau-busy?~

13247 berkata...

boleh ejakulasi beb time korek telinga lepas mandi

DandelinoiD berkata...

jumari: cuba buat, lepas mandi KOREK!

kfid: itu patut kau sound member. kalah PES tanggung malu seminggu beb!

puppet: dah aku lelaki la plak.

choc: aku dah jawab komen kau, kau otak dah macam lawyer, seryes.

iezat: mak ai, nafsu kau kuat be-benar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...