Sabtu, Disember 05, 2009

Nasib.

Ini kisah yang memberi inspirasi pada kehidupan seterusnya, kalau bukan untuk kau, aku sepatutnya.

Memang terasa begitu hangin apabila dikhabarkan kelas hari Khamis aku bermula seawal 8 30 pagi. Puncanya, kerana kesilapan pensyarah aku sendiri yang tak buat kelas ganti minggu lalu. Sudahlah hari Khamis aku akan habis kelas pada pukul 6 malam (sebab pertukaran musim, maka jadilah malam). Dengan tak keluarnya matahari di awal pagi, memang membuatkan aku lesu untuk memulakan hari dengan kelas.

Tiada matahari di awal pagi, bukan beertinya palat. Kalau tidak masakan aku ditemplak dengan cerita manusia lain, yang membuatkan aku ragu-ragu tentang keupayaan aku sebagai pelajar.

Aku dan pensyarah aku; ada satu persamaan. Dia pernah menjadi pelajar di negara orang lain. Cuma bezanya, dia sudah habis dan aku belum habis. Itupun tiada jaminan mana-mana pihak, menunjukkan bahawa aku akan habis. Semuanya bergantung pada usaha aku dan doa kepada-Nya.


Sambil menghirup kopi di kala pagi yang gelap dan angin yang menderu laju. Lalu bertanya pensyarah aku kepada seluruh kelas:

Apa sebab kita hidup?
Apa sebab kita belajar?
Apa sebab kita bangun pagi?

Tatkala soalan itu terpancul, senyap dan sepi.

Memandang tepat kepada aku. "Apa hal lak ni?" aku diam sambil cuba menyelak-nyelak buku.

"Apa sebab kamu dihantar sampai ke sini?"


Aku yang dalam serba mangantuk, bagai dilempang terjaga. Aku diam. Ligat kepala aku putarkan apa yang berlaku dalam episod kehidupan aku sepanjang 4 tahun lepas.

Bermulalah cerita bekas seorang pelajar luar negara. Tentang pengalamannya bagaimana duduk negara yang bukan negara sendiri. Makanan pun tidak kena dengan lidah. Bahasanya sukar difahami. Dia juga menjelaskan bahawa dia bukan orang yang pandai. Bukan dari keluarga yang mempunyai latar belakang yang boleh dibanggakan. Ketika dia sampai di sana, ramai kawannya bertanya:

"Macam mana belajar boleh sampai ke sana (Jepun)?"

Jawapan lazim yang dia beri kepada sekalian kawannya, "Nasib".

Ya. Dia percaya pada nasib, tapi aku tak tahu samada dia percaya dengan wujudnya ada tuhan ke tidak (kebanyakan warga Korea tidak beragama). Dia merasakan dia sentiasa begitu bernasib baik. Semua jalan ada didepan mata, dia hanya masuk satu jalan dan mulakan menapak. Sehinggalah satu hari, hari graduasi. Habisnya graduasi, dia baru fikir pasal kehidupan. Masa itu, dia katakan bahawa nasib baik masih menyebelahi dia.

Dia tunggu tawaran kerja. Masih berharap dia adalah manusia yang yang bernasib baik.

Tapi, dah namanya kehidupan, mesti ada drama. Dari mempunyai kehendak menyambung kerja, dia sambung belajar ke tahap seterusnya. Titik pada waktu dia membuat keputusan, akhirnya dia belajar satu benda.

"Hidup memang ada nasib. Nasib itu boleh dicipta dengan usaha."

Akhir cerita, dia menyuruh siapa-siapa yang hendak menyambung belajar di negara lain, fikirkan bagaimana kita boleh ada disini, di waktu ini.



Soalan untuk aku sekali lagi, "Kamu fikir bagaimana pula?"

Respon aku hanyalah, "Err, err, err". Sebab aku sudah menerima tamparan hebat hari ni.



Biasa kalau sedara mara tanya, bagaimana aku boleh sampai ke tahap ini, dengan mudah aku cakap, "Nasib je".

Memang aku bernasib baik dapat rasa duit orang.

Sepanjang hari ini, aku tak ngantuk malah aku rasa macam disuntik semangat. Banyak kali aku menyebut 'nasib' bila aku peroleh sesuatu yang dikatakan rezeki. Lepas ini, bila orang tanya soalan sama, aku akan jawab "Buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh".

Apa sebab aku di hantar ke sini?

Kebosanan mencipta kelainan.

4 ulasan:

~chocolatte87~ berkata...

pada perkiraan aku..
motivasi yang kena tepat pada waktunya..
gud luck untuk final~
:)

Judiene berkata...

aku baca entry ko ni pada waktu malam
dan ko membuatkan aku ssh nk tido coz memikirkan segala macam nasib yg berlaku dlm hidup aku

huhuhu
good motivation!

DandelinoiD berkata...

hak2...ini aku taip 3 minggu lalu le.

judiene: keep goin on!

bloomofalfea berkata...

i knoe its been a while since you wrote this post!

I'm gladly to say that wat's ur classmate was saying about NASIB...was absolutely right!

Because why?it does happened...to me atleast!hehe!

I dunno wat was the whole point I'm makin the comment but yes...maybe because of this "accident luck" will changed ur future ahead!so..do believed in it!

p/s:I loved reading ur blog!thanx to one of your junior who introduced me to your blog!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...